Pelakon, Zarina Anjoulie sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila mendakwa bekas suaminya tidak memberikan nafkah kepada anak mereka.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir bapa yang tidak bertanggungjawab.
Jangan cakap nak bayar nafkah, tengok anak pun taknak.
Zaman sekarang ni banyak bapa tak guna.
Walaupun tidak mengharapkan nafkah daripada bekas suaminya, namun pelakon itu menegaskan bahawa sebagai seorang bapa, tanggungjawab terhadap anak tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
Sebab tu saya tak kisah dia beri nafkah ke tidak, tapi jangan nanti dah tua, dah nazak baru nak cari anak awak.
Pelakon itu turut membandingkan situasi zaman sekarang dengan zaman dahulu di mana kebanyakan bapa lebih bertanggungjawab dan menjalankan kewajipan mereka.
Zaman sekarang bukan macam zaman dulu yang banyak bapa bertanggungjawab. Tak payahlah nak mengharapkan nafkah. Masa saya kecil dulu, mak ayah saya bercerai tapi tetap bayar nafkah.
@zarinaanjoulie37 Jawapan Anju Bila Netizen Tanya Tentang Nafkah Matin #zarinaanjoulie #fyp #fypage #fypシ゚ #foryou #foryoupage #foryoupage❤️❤️ #berandatiktok #berandafyp #esekeli ♬ original sound – ZarinaAnjoulie
Luahan tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju bahawa tanggungjawab terhadap anak tidak sepatutnya diabaikan walaupun sudah bercerai.