Pelakon, Zarina Anjoulie tampil menjelaskan mengenai tindakannya membuat pembedahan plastik di Vietnam pada tahun lalu.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikToknya, Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengakui dia menerima bayaran selepas melakukan pembedahan tersebut dan wang itu digunakan untuk menampung kos perubatan anaknya, Awangki Gabriel Martin Ezra.
Saya pergi sebab itu adalah ‘paid review’, saya perlukan duit untuk pembedahan anak.
Ada yang cakap saya ubah ciptaan Allah. Anak saya sakit dan saya perlukan duit. Saya nak pakai duit cepat.
Pelakon itu turut berkata dia sanggup berbuat demikian kerana terdesak untuk memperoleh wang demi kesihatan anaknya.
Sebagai pengorbanan seorang ibu, lantaklah kalau saya nak tadah hidung untuk duit.
Ketika itu, hanya duit itu sahaja yang ada untuk rawatan pembedahan anak saya. Kalau tak, awak ingat saya hamak ke nak buat hidung ni? Dah lama boleh buat kenapa umur 38 baru nak buat.
Dia juga turut menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah mempromosikan klinik berkenaan kepada orang ramai.
Bila saya balik, saya cakap tempat tu tak elok. Saya habiskan kerja saya untuk dapat duit kemudian selepas pulang saya tak pernah buat promosi.
Kalau ada orang tanya memang saya akan jawab jangan buat di situ sebab tak elok.
Saya pun pernah beritahu yang saya nak buka semula (silikon) sebab merasakan seolah-olah ia bukan diri saya.
@zarinaanjoulie_♬ original sound – zarinaanjoulie_
Terdahulu, Zarina memaklumkan pembedahan plastik itu telah menyebabkan dia terkena jangkitan dan mendakwa proses yang dilakukan oleh pihak klinik kecantikan di Vietnam itu tidak bersih.
Zarina kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta bagi membuang silikon tersebut.