Baru-baru ini, presiden Seniman Malaysia Zed Zaidi telah dijemput sebagai tetamu undangan rancangan temubual di Youtube anjuran pelakon Zarina Anjoulie dan juga pelawak Tauke Jambu.
Namun, terdapat sedikit kekecohan telah berlaku apabila Zarina dilaporkan telah membaling botol kepada Zed Zaidi berikutan bengan dengan apa yang diperkatakan pelakon itu kepadanya.
Selepas dipujuk oleh pihak produksi, Zarina kemudian kembali tenang dan meneruskan perbincangan dalam program tersebut dengan cara yang lebih profesional.
Difahamkan, Zed Zaidi telah bertindak menegur sikap Zarina yang sering menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen.
Tampil mengulas mengenai insiden tersebut, Zed memaklumkan bahawa dia tidak tahu bahawa Zarina adalah salah seorang panel dalam program tersebut.
Dalam program itu kupas fasal isu komen netizen yang negatif sampai orang lain boleh terpengaruh, isu PKP, isu persatuan dan isu yang kes Anju dan cetuskan dan artis-artis lain.
Dia pula banyak kontroversi masa PKP, ada kes saman menyaman. Apabila ada kes macam tu orang akan buat aduan pada saya.
Zed Zaidi walau bagaimanapun insiden tersebut bukanlah suatu gimik yang disengajakan seperti yang didakwa sesetengah netizen.
Dalam pada itu, Zed turut mengulas mengenai isu ‘marketing’ yang dilakukan beberapa selebriti bagi melariskan produk jualan mereka.
Ujar pelakon filem Sembilu ini, gimik iklan seperti yang dilakukan oleh Tauke Jambu sebelum ini boleh diterima dan tidaklah keterlaluan kerana selari dengan apa yang dijual pelawak itu.
“Itu Tauke punya marketing dan produk dia tu mungkin ada kena mengena dengan perkahwinan. Bagi saya perkara ini memperbaharui zaman, mungkin dengan cara ini lagi lagu dan dapat tumpuan lagipun dia pelawak, lebih kreatif la..” jelas Zed Zaidi mengakhiri bicara.