Zara Zya Sedih Dituduh Berniaga Guna Duit Haram, Diminta Jual Diri

Hiburan

Zara Zya Sedih Dituduh Berniaga Guna Duit Haram, Diminta Jual Diri

Selebriti kini tidak mencari rezeki hanya dalam bidang hiburan sahaja, tetapi ramai juga yang sudah menceburi bidang perniagaan dan mengeluarkan produk sendiri. Begitulah juga dengan pelakon Zara Zya.

Advertisement

Bagaimanapun, timbul pula cerita yang kurang enak apabila ada individu yang menghina Zara kerana ingin berniaga. Bukan sahaja mengecam tindakannya itu, malah individu itu bersikap biadab turut mengaitkan keluarganya.

Menerusi akaun Instagramnya, Zara meluahkan rasa kecewa dihina dengan begitu teruk dan tidak mengerti apa salahnya kepada individu tersebut. Zara berusaha untuk menambah pendapatan bagi membantu keluarga yang sebelum ini sudah banyak berkorban dan bersusah payah membesarkannya.

Produk keluarannya juga bukan daripada sumber yang haram dan segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas. Tidak kuat menerima kecaman itu, Zara turut mencabar individu itu untuk bersemuka dengannya.

Rakan-rakan artis dan peminat memberikan kata-kata semangat buat Zara agar beliau terus bangkit dan tidak melayan segala komen negatif itu.

Tidak mudah untuk menjadi seorang selebriti, bukan sahaja mendapat perhatian ramai tetapi akan ada pihak yang akan terus mencari kesalahan mereka. Ada sahaja yang tidak kena. Apa-apa pun, kami harap Zara tidak terus bersedih dan tabah menghadapi ujian ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

16 Comments

  1. Joyah Pok Pek

    April 17, 2019 at 7:05 pm

    Zara Zya ni rajin dan gigih cari rezeki..ada food court makan di Melawati Mall jual nasi lemak, seorang pecinta kucing, x de gosip liar dan bukan kaki club,kaki minum,kaki jantan..bagus lah dia cari rezeki sendiri dari jadi perempuan simpanan laki kaya raya atau mata duitan nak kawin ngn org kaya lps tu nak action title datin/datin seri paduka bagai/cik puan besar ke!!!

  2. biarbetik

    April 17, 2019 at 3:46 pm

    Zara u can pay someone to track this asshole…bayar je budak wiz banyak sekarang bersepah…dpt dia chilli mulut dia, yg macam jenis ni patut disaman.

  3. siuman

    April 17, 2019 at 2:34 pm

    camanalah manusia boleh jadi jahat nak mati. diharap insan tu bertaubat. malu kalau aku. hina.

  4. WickEd

    April 17, 2019 at 2:25 pm

    Ni la dia ramai melayu yg busuk! Tu sebab kalau nak belajar biar sampai kenegeri Cina…kalau kenegeri Melayu ada je jadi salahnya…busuk, hasad kalau tak mengata guna Mak Putih, Pak Hitam gitew kan? Jantan pun mulut cam cheeeeeeeee

  5. Anonymous

    April 17, 2019 at 1:31 pm

    nani<<jgn smpai kamu mati nanti ade org mengata kamu lebih hina lagi dari kamu sebut2 nama2 org yg sudah meninggal.kerana Allah tidak tidur dan bila2, ingat itu.tidak semua benda bole di buat humor dan setiap org yg membaca komen kamu itu menjadi fitnah dan aib pada si mati itu loh sbanyak mana dosa kamu kepada dia,walaupun kamu mendedahkan sebagai humor.

Loading...