Zara Zya Sedih Dituduh Berniaga Guna Duit Haram, Diminta Jual Diri

Hiburan

Zara Zya Sedih Dituduh Berniaga Guna Duit Haram, Diminta Jual Diri

Selebriti kini tidak mencari rezeki hanya dalam bidang hiburan sahaja, tetapi ramai juga yang sudah menceburi bidang perniagaan dan mengeluarkan produk sendiri. Begitulah juga dengan pelakon Zara Zya.

Advertisement

Bagaimanapun, timbul pula cerita yang kurang enak apabila ada individu yang menghina Zara kerana ingin berniaga. Bukan sahaja mengecam tindakannya itu, malah individu itu bersikap biadab turut mengaitkan keluarganya.

Menerusi akaun Instagramnya, Zara meluahkan rasa kecewa dihina dengan begitu teruk dan tidak mengerti apa salahnya kepada individu tersebut. Zara berusaha untuk menambah pendapatan bagi membantu keluarga yang sebelum ini sudah banyak berkorban dan bersusah payah membesarkannya.

Produk keluarannya juga bukan daripada sumber yang haram dan segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas. Tidak kuat menerima kecaman itu, Zara turut mencabar individu itu untuk bersemuka dengannya.

Rakan-rakan artis dan peminat memberikan kata-kata semangat buat Zara agar beliau terus bangkit dan tidak melayan segala komen negatif itu.

Tidak mudah untuk menjadi seorang selebriti, bukan sahaja mendapat perhatian ramai tetapi akan ada pihak yang akan terus mencari kesalahan mereka. Ada sahaja yang tidak kena. Apa-apa pun, kami harap Zara tidak terus bersedih dan tabah menghadapi ujian ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...