Zara Zya Harap Dapat Menang Dalam Anugerah Meletop Era 2016

Hiburan

Zara Zya Harap Dapat Menang Dalam Anugerah Meletop Era 2016

Anugerah Meletop Era 2016 bakal berlangsung pada 28 Februari ini dan antara artis yang tercalon didalam kategori Pelakon Meletop dan Drama Meletop adalah aktres Zara Zya yang pernah popular menerusi drama Love You Mr Arrogant.

Advertisement

Pernah memenangi  Anugerah Artis Baharu Meletop dan Anugerah Top Top Meletop pada tahun 2014, Zara Zya juga berharap mempunyai peluang untuk menerima lagi anugerah meskipun tidak menafikan persaingan pada tahun ini agak sengit.

Tipulah kalau Zara kata tak teringin untuk menang. Kalau menang boleh tambah lagi koleksi anugerah.

Tapi Zara tak letak harapan untuk menang kategori utama (Top Top Meletop). Kalau menang untuk kategori yang tercalon pun dah syukur.

Buat Zara, sesuatu anugerah itu merupakan pengiktirafan buat anak seni dan ia merupakan satu koleksi peribadi yang boleh dikongsikan dengan generasi seterusnya.

Zara bukan nak kata Zara meletak harapan tinggi untuk menang anugerah. Tapi bila kita tercalon dalam sesuatu anugerah, mesti kita letak harapan untuk menang. Memang adalah bonus dan kalau tak menamg kita datang untuk tunjuk muka sajalah.

Bagaimanapun pada pandangan Zara, sebagai artis kalau kita menang anugerah, kita boleh tunjuk anugerah itu kelak kepada anak cicit kita.

Jika ada rezeki dan peminat undi, tentu sekali Zara Zya mempunyai  peluang untuk menang. Kualiti dan bakat seseorang pelakon itu bukan berdasarkan anugerah yang diterima. Apa yang penting terus berusaha dalam memberikan yang terbaik didalam kerja anda.

Sumber Berita: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...