Tiada angin tiada ribut bahkan tidak pernah dengar Zara Zya sedang bercinta, tiba-tiba timbul pula berita beliau bakal berkahwin dalam masa terdekat. Betul ke?
Menjawab persoalan tersebut, Zara Zya menerusi portal Kosmo Online berkata, khabar angin itu tidak benar. Malah, Zara Zya juga memberitahu beliau tidak mempunyai masa untuk bercinta.
Ia hanya satu khabar angin. Cerita itu tidak benar.
Saya tiada masa untuk bercinta kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. Nanti, saya juga yang kecewa apabila masing-masing bosan kerana tiada masa untuk si dia.
Bukan tiada yang mahu mengenali lebih daripada sekadar seorang teman biasa, cuma masa sangat terhad untuk ke arah itu.
Merupakan anak bongsu didalam keluarga, Zara Zya juga tidak menerima tekanan daripada ahli keluarganya yang lain meskipun adik beradiknya sudah mendirikan rumah tangga.
Zara Zya juga menolak sebarang cinta lokasi kerana menganggap set penggambaran adalah tempat bekerja dan tidak lebih daripada itu.
Tiada sebarang tekanan daripada keluarga untuk segera menamatkan zaman bujang? Tidak. Keluarga juga memahami meskipun abang dan kakak kesemuanya berkahwin awal. Lagipun, saya anak bongsu.
Saya menganggap set penggambaran sebagai pejabat, jadi mustahil terjadinya cinta lokasi. Justeru, mana mungkin mahu bercinta dengan orang lain pula di set penggambaran yang berbeza.
Setiap orang sudah ditentukan jodohnya, antara cepat atau lambat sahaja. Mungkin Zara Zya selesa untuk hidup sendiri dan biarlah beliau benar-benar bersedia sebelum bercinta.