Zara Zya Akui Sedang Bercinta Dengan Hafreez Adam

Hiburan

Zara Zya Akui Sedang Bercinta Dengan Hafreez Adam

Tidak pernah mendengar sebarang gosip mahupun kontroversi percintaan mengaitkan dirinya, Zara Zya mengakui hatinya sudah dimiliki oleh pelakon kacak dan sedang meningkat naik Hafreez Adam. Hubungan mereka bagaimanapun baru sahaja beberapa bulan terjalin dan cinta antara mereka berputik ketika sama-sama bergandingan dalam drama bersiri Mona Lisa.

Advertisement

Kami sudah kenal lama tapi makin rapat sejak berlakon drama MonaLisa sebanyak 80 episod untuk Astro Prima terbitan Radius One Sdn Bhd. Kiranya hubungan rapat ini baru terjalin beberapa bulan saja. Malah, bila Hafreez sendiri mengaku, takkan saya menafikan pula.

Apatah lagi, saya selesa menjalin hubungan dengan Hafreez kerana dia bersikap matang, baik, manis dan bila bercakap pun elok.

Perbezaan jarak usia lima tahun antara mereka berdua bukanlah penghalang untuk Zara Zya dan Hafreez mencipta kebahagiaan. Zara Zya berharap peminat mendoakan yang terbaik buat mereka dan semoga ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...