October 25th, 2012

Semalam, Adi Putra telah pun mengumumkan kehadiran anaknya, Zara Adelia Haadi menerusi laman Twitter. Pengumuman mengejut ini telah menimbulkan persoalan di kalangan para peminat Adi Pura. Tidak lama kemudian, Adi Putra mengesahkan yang Zara adalah anak angkat.

anak angkat adi putra

Semoga dengan penjelasan ini, tiada lagi persoalan yang akan timbul di benak fikiran anda. Apa pun tahniah diucapkan kepada Adi dan isteri. Abang Nara pernah dengar kisah suami isteri yang masih tidak mendapat anak, kemudian mereka mengambil anak angkat. Tidak lama kemudian si isteri disahkan mengandung. Rezeki si anak angkat barangkali.
anak angkat adi putra

Semoga Adi Putra dan isteri akan menjadi ayah dan ibu yang baik. Sama-samalah kita doakan. All the best dan good luck untuk mereka berdua.


68 responses to “Zara Adelia Haadi Ialah Anak Angkat Adi Putra”

  1. sesiapa la says:

    maaf. saya rasa tak patut diberikan tajuk artikel macam ni. pikirla perasaan org dan baby tu bila besar nanti. baby tu dah jadi anak die sendiri. tak sesuai sebut anak2 angkat ni. kalau saya ada anak angkat dan org dok sebut anak angkat depan saya.. lebih2 lg terpampang mcm ni.. sy mmg marah.. bloggers ni kebanyakan takde manner.

  2. Pendapat aku says:

    Kenapa mesti selalu selitkan “mungkin dgn anak angkat ni, akan dpt anak sendiri satu hari nanti”…pengambilan anak angkat tak semestinya bermakna “anak sendiri” akan menyusul. Check niatlah amik anak angkat ni. Tentunya ni takdir Allah utk mereka. Allah Maha Bijaksana dan yang paling mahir mengatur rezeki. Manalah tahu Zara akan membahagiakan lagi mereka berdua suami isteri, even more than kalau mereka ada “anak sendiri”? Bagi aku, kalau ibu bapa angkat ikut hukum hakam yg sepatutnya (berkenaan aurat, wali, harta), yg lain2 tu takde beza daripada anak sendiri (anak biologikal). Seriously takde beza.

Loading...