Zaquan Adha ‘Mengamuk’ Diminta Untuk Bawa Ibu Jenguk Anak-Anak Di Bawah Jagaan Rita Rudaini – “Tak Tahu Apa-Apa Jangan Sibuk Masuk Campur”

Kehidupan

Zaquan Adha ‘Mengamuk’ Diminta Untuk Bawa Ibu Jenguk Anak-Anak Di Bawah Jagaan Rita Rudaini – “Tak Tahu Apa-Apa Jangan Sibuk Masuk Campur”

Pemain bola sepak, Zaquan Adha naik angin apabila ada individu memberi komen jelik atas hantaran mengenai ibunya di Instagram Story.

Dalam hantaran itu, individu itu bertanyakan mengenai sama ada Zaquan ingin membawa ibu untuk berjumpa anak-anak hasil perkahwinan abangnya, Aidil Zafuan bersama Rita Rudaini.

Advertisement

Kata individu itu lagi, tindakan ibu Zaquan yang enggan berjumpa dengan cucunya itu telah membuatkan kakak iparnya banyak memendam rasa.

Komen individu zaquan adha

Mak tak nak tengok cucu dari Rita ke? Kesian Rita banyak memendam rasa. Semoga ada keajaiban untuk mak awak.

Berikutan itu, Zaquan tampil membidas hantaran mesej tersebut dan meminta agar individu itu untuk menghormati hal peribadi orang lain.

Komrn Zaquan Adha

Komen individu zaquan adha

Boleh tak kau tolong hormat hal peribadi orang? Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur.Jaga rumah tangga kau ja sudah.

Kau didik anak-anak kau supaya tak sibuk hal orang.Kalau tak tahu cerita tak payah sedap mulut nak cakap. Jangan bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap benda bukan-bukan pasal kau.

Sekadar info, abang kepada Zaquan, Aidil Zafuan telah mendirikan rumah tangga bersama Rita Rudaini pada tahun 2008 sebelum bercerai pada tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pembebasan sementara dai syed perkara biasa
3 months ago

"Penangguhan Perlaksanaan Hukuman Penjara Adalah Perkara Biasa" - Peguam Da'i Syed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...