Zamarul Seorang Lelaki Yang Setia – Diana Rafar

Hiburan

Zamarul Seorang Lelaki Yang Setia – Diana Rafar

Pernah dilanda badai tetapi kalau dah jodoh pasti bersatu jua. Itulah ungkapan paling sesuai buat Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang sudah kembali sebagai pasangan suami isteri tanggal 14 Mei lalu selepas bercerai 3 bulan lamanya.

Buat Diana sepanjang tempoh mereka berpisah Zamarul telah menunjukkan usaha beliau untuk memikatnya kembali meskipun Diana memberikan lampu hijau buat suaminya itu untuk mencari pengganti apatah lagi sering bergandingan dengan aktres jelita dalam lakonan. Bagaimanapun, Zamarul sudah membuktikan beliau seorang lelaki yang setia.

Advertisement

Memang kalau nak bercinta dengan orang lain boleh sangat selepas kami masing masing bercerai. Peminat dia pun ramai. Bayangkan pula, dia selalu digandingkan dengan artis perempuan yang cantik. Saya pun beri lampu hijau untuk dia cari pengganti. Empat bulan itu memang dia boleh cari kekasih baharu. Tapi dia tetap menanti saya.

Diana juga menyatakan rasa bertuahnya kerana memiliki Zamarul kerana suaminya itu adalah seorang yang ringan tulang dan banyak  membantunya melakukan kerja-kerja di rumah daripada memasang langsir sehinggalah mengelap pinggan sehingga berkilat.

Dia boleh pasang langsir. Dalam hati terdetik juga kalau raya nanti, dia tak ada, siapa pula yang nak pasangkan. Pinggan mangkuk pun dia boleh lap sampai berkilat. Patut pun sepanjang ketiadaannya, saya lihat berselerak sahaja rumah ini kerana dia tak ada. Dia layan saya umpama puteri.

Buat Zamarul pula, beliau pernah merasa bimbang sekiranya Diana bertemu dengan lelaki yang lebih baik daripada dirinya. Namun, perasaan cinta dan sayang menjadi dorongan buat Zamarul untuk mendapatkan Diana semula dan percaya mereka akan bersatu juga satu hari nanti.

Siapa tak risau isterinya disambar orang lain. Takut juga sebenarnya. Ramai jerung di luar sana. Tapi hati saya kuat mengatakan dia akan jadi milik saya juga. Saya yakin, dia takkan cari orang lain, kami akan bersatu juga.

Cinta, kasih sayang dan kematangan dalam berfikir membuatkan Zamarul Hisham dan Diana Rafar kembali bersatu sebagai suami dan isteri. Tempoh perpisahan telah membuatkan mereka lebih matang dalam sesuatu perkara.

Sumber Berita: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...