Zamarul Hisham & Diana Rafar Sah Rujuk Semula

Hiburan

Zamarul Hisham & Diana Rafar Sah Rujuk Semula

Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis mengesahkan lafaz rujuk yang dibuat aktor Zamarul Hisham terhadap isterinya, Diana Rafar pada 14 Februari lalu kira-kira sebulan selepas mereka bercerai.

Hakim Syarie, Mohd Hisyam Zakaria memutuskan keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak dan lafaz berkenaan dibuat mengikut hukum syarak.

Advertisement

Diana selaku plaintif dalam kes berkenaan memberitahu Zamarul melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka di sini kira-kira pukul 11.30 malam tarikh berkenaan.

diana rafar

“Adiana Bt Abdul Rafar aku merujuk kamu semula,” kata Diana ketika ditanya lafaz rujuk tersebut.

Kes berkenaan disebut di bawah Seksyen 61 Seksyen 61 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.

Terdahulu, Mohd Hisyam mendengar permohonan pengesahan lafaz cerai dibuat Zamarul selaku defendan kes berkenaan pada 14 Januari lalu.

Menurut keterangannya di mahkamah, Diana memberitahu, Zamarul melafazkan cerai terhadapnya pada pukul 1.40 pagi di kediaman mereka.

Zamarul, 44, dan Diana, 33, yang hadir ditemani ahli keluarga masing-masing tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang.

Dalam pada itu, Mohd Hisyam memerintahkan lafaz rujuk pasangan itu didaftarkan di kaunter mahkamah.

Kes itu didengar di bawah Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.

Terdahulu, Zamarul dan Diana disatukan sebagai suami-isteri pada 16 Mei 2009 selepas menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Kashfi Haiqal yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun pasangan itu mengejutkan para peminat apabila mengakui sudah bercerai talak satu pada 14 Januari lalu sebelum mengambil keputusan untuk bernikah semula.

Sementara itu, Zamarul dan Diana ketika ditemui memberitahu lega kes berkenaan telah pun selesai dan menganggap ia sebagai satu fasa baharu dalam kehidupan mereka.

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan berharap jodoh kami kekal buat selama-lamanya,” katanya. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...