Zamani Slam Tampil Jelaskan Dakwaan Beliau Lari Dari Pusat Pemulihan

Hiburan

Zamani Slam Tampil Jelaskan Dakwaan Beliau Lari Dari Pusat Pemulihan

Setelah beberapa hari isu Zamani Slam lari dari Rumah PENGASIH menjadi bualan ramai dan mencetuskan pelbagai spekulasi, penyanyi tersebut akhirnya telah tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik dakwaan berkenaan.

Menurut Zamani beliau merasa terkejut apabila dituduh melarikan diri daripada pusat pemulihan kerana tempoh beliau untuk berada di sana sudah tamat. Malah, perbincangan secara baik  juga sudah diadakan antara keluarga Zamani dan pihak PENGASIH berhubung perkara tersebut.

Advertisement

Sejujurnya saya terkejut dengan dakwaan mengatakan saya melarikan diri dari Rumah PENGASIH kerana perbincangan secara baik telah dibuat. Bagaimana pun, pihak PENGASIH belum menetapkan sebarang tarikh untuk saya keluar secara baik. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan pusat rawatan ini.

Tindakan saya membuat laporan polis di Muar, Johor adalah bagi membuat ‘cover report’ memaklumkan saya sudah keluar dari Rumah PENGASIH. Kehadiran saya pada hari ini adalah untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Ia sudah dibuat ketika perbincangan dua minggu lalu lagi.

Baru sahaja keluar daripada pusat pemulihan, Zamani berharap tiada pihak yang mengharapkan beliau untuk berubah secara mendadak. Bahkan, saat ini beliau masih memerlukan sokongan daripada masyarakat dan peminat agar dapat menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan.

Saya tidak boleh memberi jaminan untuk berubah secara mendadak. Namun saya mencuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan mana-mana pihak. Beri saya masa secara perlahan-lahan kerana baru saja keluar dari Rumah PENGASIH. Masih terlalu awal untuk saya ulas lebih lanjut berhubung isu ini.

Setiap perubahan memerlukan masa. Masa untuk kita menilai semula diri kita agar tidak melakukan kesilapan lalu yang menghancurkan kita sebelum ini. Harapnya, peminat akan memberikan kata-kata semangat yang positif agar Zamani Slam dapat berubah.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...