May 7th, 2015

Mahkamah Majistret di sini pada Rabu menjatuhi hukuman denda masing-masing sebanyak RM5,500 terhadap penyanyi Zamani Ibrahim (Slam), 43, dan pembantu peribadinya Nur Juliana Abdul Rani, 32, selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah.
zamani Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menjatuhi hukuman itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Kedua-dua tertuduh turut dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pindaan, penyanyi itu didakwa bersama-sama memiliki heroin dan morfin dengan berat bersih 0.6 gram di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat pada 12.30 tengah malam, 21 Januari lalu.zamani Kedua-dua pasangan berkenaan sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut semasa dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari lalu. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...