Zamani Slam Nafi Larikan Diri Daripada Pusat Pemulihan

Hiburan

Zamani Slam Nafi Larikan Diri Daripada Pusat Pemulihan

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita dimana penyanyi Zamani Slam dikatakan sudah melarikan diri daripada Rumah PENGASIH bersama dua lagi individu yang tidak dikenali.

Advertisement

Ekoran perkara tersebut, pelbagai dakwaan dilemparkan kepada dirinya. Tidak mahu terus dipersalahkan lagi, Zamani telah membuat satu laporan polis berkenaan perkara terbabit dan menyatakan beliau keluar dari pusat pemulihan tersebut atas kerelaan beliau sendiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata penyanyi terbabit tiba ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 3.45 pagi 17 Oktober lepas untuk membuat laporan polis.

Malah, pengurusnya juga memaklumkan Zamani berada dalam keadaan yang selamat dan sihat. Malah, satu sidang media khas juga akan diadakan dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar kepada umum.

Sebelum ini, beberapa pihak mula risau jika Zamani diculik kerana penyanyi tersebut dilihat menaiki sebuah kenderaan berwarna putih dalam kejadian tersebut. Selain itu beliau juga meninggalkan dokumen penting serta beberapa barangan peribadi bersama sejumlah wang di Rumah PENGASIH.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...