Zamani Slam Cengkung Sampai Ditegur Kelihatan Sakit

Hiburan

Zamani Slam Cengkung Sampai Ditegur Kelihatan Sakit

Zamani Slam ialah salah seorang penyanyi feveret Abang Nara. Sampai sekarang, Abang Nara masih hafal lagu-lagu dendangannya seperti “Mentari Muncul Lagi“, “Nur Kasih“, “Jika Kau Rasa Getarnya” dan banyak lagi. Memang padu gila kot suara Zamani.

zamani

Advertisement

Dan Abang Nara pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa Zamani nampak cengkung dan kurus sangat apabila muncul membuat persembahan. Ramai yang berkata Zamani sakit. Namun rupa-rupanya itu tidak benar. Berkata kepada Mstar Online, Zamani menerangkan punca dirinya nampak cengkung:-

Dari dulu berat badan saya 45 kilogram dan macam-macam usaha dibuat untuk tambahkan berat badan tapi tak berjaya. Malah sekarang badan saya turun dua kilo sehingga ada yang menegur saya kelihatan sakit.

zamaniSusah jugak rupanya kalau makan banyak tak bertambah-tambah isi badan. Maybe Zamani kena ada supplement kot. Apa pun untuk makluman peminat Zamani, dia masih bujang sehingga hari ini. Berusia 42 tahun, Zamani tidak pernah menolak untuk berkahwin walaupun pernah putus cinta sebanyak 2 kali.

Saya tidak menolak jika bertemu jodoh pada usia sekarang kerana masih belum berputus asa mencari pasangan sesuai untuk saya. Ciri-ciri pada seorang wanita bukan menjadi keutamaan kerana yang penting dia dapat menerima bukan sahaja kebaikan tetapi juga kekurangan pada diri saya. Walaupun pernah putus cinta sebanyak dua kali sebelum ini tetapi itu tidak bererti saya sudah serik mencari jodoh cuma belum sampai masanya lagi.

Hmmmm. Jadi ada tak kaum Hawa yang berminat untuk jadi isteri Zamani? Confirm best punya. Hari-hari boleh minta Zamani nyanyikan lagu sebelum tidur. Confirm lena tidur dibuai suara indah Zamani. Silap-silap terlajak tidur tak bangun kerja. Fuh ~~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...