Zamani Maafkan Pihak Yang Sebarkan Video

Hiburan

Zamani Maafkan Pihak Yang Sebarkan Video

Mulia sungguh hati mu Zamani. Bukan senang nak memaafkan seseorang lebih-lebih lagi jika perkara yang dilakukan itu memalukan. Baru-baru ini, Zamani telah pun ditangkap polis kerana mengambil dadah. Tidak lama kemudian, sebuah video dirinya menyanyikan lagu Gerimis Mengundang sambil tangan digari telah pun tersebar. Penyebaran video itu dikutuk oleh orang ramai kerana telah menjatuhkan maruah bekas penyanyi kumpulan Slam ini.

zamani maafkan

Advertisement

Abang kepada Zamani, Zulfazil Ibrahim, telah pun melawat adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini. Berkata kepada media, Zulfazil memaklumkan yang Zamani sudah pun memaafkan pihak yang menyebarkan video tersebut dan meminta isu ini tidak lagi dipanjangkan. Kata Zulfazil:-

Beliau sendiri yang meminta isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu terbabit. Saya dan keluarga akur dengan permintaan beliau dan tidak akan mengambil sebarang tindakan.

Ketika beliau ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan.

Agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengan beliau kerana dalam keadaan menghadapi kes ini, beliau tetap sudi memaafkan orang yang bertindak sedemikian

Abang Nara juga amat bangga dan terharu dengan sifat pemaaf Zamani Slam. Malah hari ini salah seorang ahli kumpulan Slam yang lain iaitu Shah telah menulis satu coretan tentang kebaikan Zamani.
zamaniSikap Zamani ini seharusnya dicontohi. Kalau boleh maafkan, maafkanlah. Panjangkan cerita pun tak guna. Tahniah Zamani. Untuk makluman, kes Zamani akan disebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari 2015. Semoga berjaya. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...