Walaupun ketua juri Datuk Ramli MS sudah memberikan alasan kukuh mengapa Zamani boleh mara ke peringkat akhir GV5, masih ramai yang tidak berpuas hati dan sehingga hari ini terus mengatakan penyanyi itu tidak layak berdasarkan persembahannya yang kurang memberangsangkan minggu lalu.
Zamani bagaimanapun akur dan redha dengan apa yang terjadi. Buat Zamani, semua pihak mempunyai hak mereka sendiri untuk meluahkan pendapat mahupun rasa tidak puas hati.
Pada saya, penyertaan ini rezeki dari Allah, saya percaya dengan perkara itu dan kita kena hormati keputusan juri. Apa yang pasti, saya tak pernah buat apa-apa perkara yang tidak betul seperti berjumpa dengan juri, saya bukan jenis kipas juri, malah saya tak buat apa-apa pun.
Hak mereka untuk bersuara. Sudah tentunya ada yang tak puas hati, kalau saya berada di situasi mereka yang menonton pun saya tak puas hati tetapi saya harap kritikan itu dilakukan menerusi saluran yang betul.
Percaya kepada ketentuan rezeki, Zamani berkata beliau akan cuba memberikan yang terbaik pada final GV5 nanti. Apa-apa pun, kami harap beliau tabah dan jangan terlalu tertekan dengan percakapan orang, buktikan anda sememangnya layak. Good luck!