Ramai yang masih sayang dengan Zamani. Ditahan polis kerana dipercayai memiliki dan menagih dadah, bekas penyanyi terkenal kumpulan Slam itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan mengadakan pertemuan dengan pemberita di rumah peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar, semalam.
Video menunjukkan Zamani menyanyi dalam keadaan bergari yang diambil oleh salah seorang anggota polis menjadi viral dan mendapat bantahan orang ramai yang menyifatkannya mengaibkan penyanyi tersebut. Bagaimanapun, Zamani memaafkan anggota polis tersebut yang diakui Zamani merupakan peminatnya yang hanya mahu melihat dia menyanyi.

Foto – Johan Aziz
Bagaimanapun, Zamani memberitahu menerusi Berita Harian Ahad tentang hasratnya untuk meneruskan karier.
Saya mohon maaf kepada peminat dan keluarga kerana mengecewakan mereka.
Saya mengaku memang bersalah tetapi tidak mahu disebabkan perkara ini, kerjaya saya bakal berakhir.
Saya tidak minta banyak dari mereka, cukuplah doakan saya dapat pulih dan berikan sokongan moral, itu saja. Perkara sudah terjadi, apa lagi yang boleh saya katakan. Cuma saya memerlukan sedikait masa untuk tenangkan diri, tenangkan fikiran dan berehat.
Pada suatu ketika, keadaan dikatakan hening seketika dalam pertemuan itu kerana Zamani terdiam kerana sedih.
Ya, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Ada yang tersilap perkiraan dan pilihan dalam menjalani kehidupan tetapi itu tidak bermakna kehidupan telah berakhir.
Yang penting Zamani masih ada keinginan dan keazaman untuk berubah. Diharap abang Zamani akan pulih sepenuhnya dan memeriahkan semula industri hiburan. Mana tahu ada rezeki untuk menyertai Gegarvaganza pastinya Zamani dapat memberikan saingan sengit. Bersama kita doakan kepulihan beliau.
[…] Yang penting Zamani masih ada keizinan dan keazaman untuk berubah. …read more […]
berubah utk kbaikan,tinggal najis dadah…pminat zamani tetap mnyokong zamani truskan kerjaya seni..suara dan bakat yg tuhan kurnia jgn sia2 kan..suara zamani better dari anuar zain,mungkin sb zamani terjebak dgn dadah,anuar zain nmpk lebih ekslusif..
zamani dah “pergi” jauh. kena pergi berubat, tinggalkan najis dadah tu. kembali ke panggal jalan. good luck.
Tahukah anda, syabu, batu atau “ais†diperbuat daripada serbuk bahan kimia bahaya yg selalunya ada dlm pembuatan paip, eksoz kereta, zink esbestos rumah dan peralatan kimia. Syabu amat bahaya dan banyak orang2 tak tahu akan kesan yg syabu merosakkan terdapat campuran toksid dan acid yg tidak sesuai langsung utk tubuh melaiankan meninggalkan kesan khayal dan “high” kepada si penagih.
Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan), masaalah depressi dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk). Saraf otak lumpuh kerana darah tidak sampai ke otak membawa oksigen.
Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah. Syabus juga dapat membantutkan process kitaran darah merah yg seterusnya boleh membawa kepada kanser darah iaitu lukemia.
Perut dan sistem penghadaman: Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut, buah pinggang, jantung, paru2 dan sistem penghadaman.
Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran. Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehingga mencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental seperti murung, depresi dan paranoia.
Penagih syabu yang ingin meninggalkan ketagihan tidak ada jalan singkat dan mudah, melainkan mendapat rawatan pemulihan dari penagihan tersebut. Jauhilah benda2 yg x faedah ni.
Baru tadi baca artikel zamani d utusan online. Sebakk….semoga zamani takkan berpaling lagi dan tunaikan janji untuk berubah. Kita manusia tak pernah lari dari kesilapan.
Allah takkan berikan dugaan lebih dari kekuatan kita sendiri. Bertabahlah zamani. Kami sentiasa menyokong anda.
Kenapa perlu hindari Ecstacy, Syabu (Batu) dan dadah secara amnya?
Kesan jangka panjang syabu spt halusinasi adalah seperti mendengar suara bisikan, nampak bayang2 atau merasa paranoia. Strok, saluran darah pecah, tekanan darah tinggi, lumpuh, degupan jantung tak sekata, hilang nafsu seks, paru2 berair, buah pinggang tidak berfungsi, hilang selera makan, sakit emosi dan otak menjadi lembap, jiwa kacau dan murung, Kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri dan mencederakan orang lain.
Kepada sesiapa yg mencuba, dah tercuba dan ingin mencuba….hentikan lah segera. Cepat2 la insaf dan hindari dan kembali bersih kepada jalan Islam !!!
jangan minta maaf je bro.
kenalah usaha pergi buat rehab n pemulihani. rehat2 kang nanti inject balik, sedut cucuk balik benda2 tahi syabu, batu, heroin segala tu….
“Penagih dadah lebih SENANG dipulihkan kerana kita tahu apa sakitnya, apa ketagihannya dan mereka sedar dan tahu yang mereka ini sakit.Berbanding orang2 Melayu yang tidak terlibat dalam penagihan, mereka merasa mereka sempurna, tapi mereka tidak sedar, mereka sebenarnya yang lebih sakit berbarah didalam, lebih rosak toksid hatinya malahan lebih teruk dari penagih-penagihâ€
knp perlu ambil dadah ? cukuplah sekadar memakan dadih
dah tua dah nak pencen masih nak cekek dadah lagi. tobatlah cepat, zaman kegemilangan awak pun dah over
1st
tak kot, cuba lagi ya wak.
Dia perlukan sokongan masyarakat..kita tak berhak hukum dia..semoga dia kembali bersih..
SEBAGAI SEORANG LELAKI TUMPAH JUGA AIRMATA AKU MELIHAT MELODI SEMALAM. BUKAN KESIAN SEBAB DIA AMBIL DADAH, TAPI KESIAN SEBAB DIA AKUI KESALAHAN DAN KESILAPAN YANG TELAH DIA BUAT DAN MEGHAMPAKAN RAMAI ORANG. HANYA KERANA KESILAPAN INI SAJA KITA NAK MENGHUKUM DIA TANPA MEMANDANG KEBAIKAN LAIN YANG PERNAH ZAMANI LAKUKAN ADALAH TIDAK ADIL. JADI KITA PATUT BAGI SOKONGAN MORAL PADA ZAMANI AGAR DIA BETUL2 MAMPU UNTUK BERUBAH, AAMIIN YA ROBB.
Aku bukan tak kesian dekat dia..tapi .kita pun tau penagih liat gila nak bertaubat…aku ada dua abang cenggini…family dah tak tahu nak buat mcmana…kami boleh hantar sana sini berubat…tapi dah lebih 7 tahun…sampai ayah aku meninggal….tetap mcmtu….janji masa nak berubah beriya2 menangis sampai terhenjut2 bahu…..lepas dapat sedapur…alahai..aku tak tahu nak rasa apa dah….jadi maafka aku kalau aku tak boleh nak simpati dekat zamani…bukan hati je kering, poket aku pun sama asyik kena rembat…
zamani klu ptong rmbut mst lg nsem..btw masih ada pluang utk brubah
Apesal pic di atas blur?amek gambar dgn calculator agaknya. Huhh
Apepun sebak dgn kisah zamani, semoga berubah. Yang lepas jangan dikenang. ni mungkin wake up call utk zamani. Kami masih menyokong anda…
Lolololol.. lawak ler.. amek gambo ngan calculator… ko nih…
to zamani, contohilah dato vida. dia pernah kehilangan 3 anak dalam kebakaran . tapi kini dia bangkit sebagai usahawan melayu yang berjaya. walaupun ramai orang yang mengutuk dan mengeji fizikal dan luarannya, tapi semua yang mengeji itu tidak mampu menandingi kejayaan dato vida pada hari ini. jika dato vida sebagai seorang wanita boleh bangkit, kenapa zamani sebagai seorang lelaki tidak boleh bangun semula? zamani pernah popular pada masa dulu dan masih diingati pada masa sekarang. jadi masih ada peluang kedua untuk membina nama. berbanding dengan dato vida yang asalnya hanyalah seorang guru dan ibu tunggal yang tiada nama atau kemasyhuran.
to pembaca bn:
like untuk sokong zamani
dislike untuk sokong dato vida
msih teringat masa zaman kegemilangan slam… zamani popular sungguh.. ppuan mana yg xminat zamani??? termasuk dato ct dulu… masa mula2 jd penyanyi… zamani je dpt peluang bergambar dng ct dlm majalah manga….lps tu dia xnk dh bergmbr dng lelaki…
Dulu org tnya pasal kurus sgt dijwbnya ada kencing manis..penagih dadah rupanya
Selepas didapati positive dadah dan dijumpai heroin ditempat beliau tetapi maseh boleh bebas disebab kan viral video dia yang bgari disuroh menyanyi…mana undang2?? Kalau begitu makin ramai penagih akan meminta video mereka di ambil sambil tangan di gari dan disuroh menyanyi agar di lepas kan dengan jaminan dari pihak polis..simpati2 tapi dimana ke adilan dan undang2 negara
kan zamani akan naik mahkamah dan di dakwa bwh akta undang2.. ko ni pehal nk marah2 mcm lah ko ni x prnh buat salah kan.. zamani pun mengaku lah kesilapan dia..
mst xtgk berita ni.. tau rodong jee..
Hang ni x pi sekolah ke x reti baca berita. kesian
Peluang ke dua???
Peluang kedua apanya kalau dah 10 tahun ambik dadah…
Kalau nak peluang kedua… masa memula ambik dadah dulu tersedar & masa tu baru ngam mintak peluang kedua…
dah kantoi baru bagitau nak berubah ke bang,? sampai kering dah badan tu. anyway good luck. baguslah kalau ada keinginan, wlaupun payah
susah sebenarnye nak stop dadah ni. 10 tahun bende tu dlm darah daging die so bende tu dah sebati dalam badan. tapi kalau keinginan die kuat untuk berhenti inn shaa Allah boleh. Hati kene kuat dan sentiasa dekatkan diri dgn Allah.
jangan pernah berhenti memberi nasihat dan sokongan pada mereka.saya sendiri ada adik terjebak dengan syabu… ayat manis..pandai bercakap utk selamatkan diri..pandai minta kasihan..nak berubah..boleh dikira berpuluh kali..walhal apa je yg kita tak bantu..pelbagai cara dalaman dan luaran secara lembut kasar tinggal lagi tak dibelasah je….lokap dah tak heran dah.. sampai satu tahap kita yg give up. tapi siapa lagi nak bantu.kalau bukan darah daging sendri..mmg kasihan pada org tua yg selalu berdoa tak henti2 supaya mereka berubah…..
tiap tahun raya mohon ampun maaf dia lah paling basah air mata..tersedu2 teresak mintak maaf sb sedar kesalahan sendiri….tapi malangnya pengaruh dadah lebih kuat tarikannya..apapun jangan berhenti berdoa..bantu dan sokong supaya dia tidak terjebak lg….pergila masuk mana2 pusat atau tempat yg boleh membantu..banyak dah skrg…yg berbayar dan tidak berbayar…
mawar berduri…apa laa dia bukan lepas bebas…dalam jaminan polis…bila kes naik mahkamah dia kena pergi laa…apa laaa
kami sbagai peminat meletakkan harapan yg sgt tinggi utk awak berubah. ini bkn qada & qadar saudara zamani… ini adalah 1 kesilapan besar yg tlh awak lakukan dlm hidup awak. kuatkan smangat! jgn tinggal solat.. Surah Ar-Ra’du. Ayat 11: ‘Allah tidak akan mgubah nasib sesuatu kaum sblm mrk mgubah keadaan yg ada pada diri mrk sdiri’.
biar ape pun yg zamani buat sy tetap syg dia.k.bai.