“Zaman Tsumawi Sudah Habis Tidak Patut Diucapkan, Tiada Yang Boleh Mengatasi Mawi” – Pak Nil

Hiburan

“Zaman Tsumawi Sudah Habis Tidak Patut Diucapkan, Tiada Yang Boleh Mengatasi Mawi” – Pak Nil

Pengacara hebat, Datuk Aznil Hj Nawawi tampil bersuara mengenai pembatalan konsert penyanyi, Mawi iaitu Konsert Tsumawi Mawi World.

‘Tsumawi’ satu fenomena yang tiada tandingan

Menurut Aznil atau mesra dipanggil sebagai Pak Nil, pembatalan konsert tersebut bukanlah titik air buat Mawi tetapi itu merupakan lumrah asam garam sebagai anak seni.

Advertisement

Pak Nil hanya ingin beri kata-kata semangat kepada Mawi. Pak Nil rasa kenyataan zaman tsumawi sudah habis atau zaman adalah satu perkara yang tidak patut diucapkan. Sebab fenomena yang pernah Mawi munculkan suatu ketika dahulu sememangnya tiada yang boleh mengatasinya.

Dalam pada itu, pengacara itu berkata gelombang Mawi yang berlaku sekitar tahun 2005 itu bukan saja luar biasa, bahkan menjadi penanda aras buat penyanyi yang lain.

Percaya Mawi akan ‘comeback’ dengan konsert sendiri satu hari nanti

Sebagai seorang individu yang melihat perkembangan serta perjalanan Mawi dalam industri seni, Pak Nil yakin satu hari nanti dia pasti akan mengadakah konsert sendiri.

Pak Nil percaya semangat yang diberikan kepada Mawi ini membantu Mawi untuk terus melangkah ke hadapan.

Sekadar info, konsert sulung Mawi yang sepatutnya diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2025 telah pun dibatalkan tetapi tidak mengetahui punca sebenar ia tidak diteruskan.

tsumawi dah berakhir
2025-08-06 20:18:45

Zaman 'Tsumawi' Dah Berakhir? Mawi Umum Konsert Batal - "Tak Mudah Tapi Kami Terpaksa.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...