Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada 25 Januari lalu, secara rasmi telah dibatalkan oleh pihak penganjur, Showtag Asia. Konsert yang pernah ditunda ke bulan Julai sebagai tanda penghormatan kepada mangsa banjir, akhirnya dibatalkan keseluruhannya. .
Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram, pihak penganjur memohon maaf kepada semua peminat dan penonton atas pembatalan tersebut serta mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Dengan berat hati kami ingin maklumkan bahawa Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live In KL … terpaksa dibatalkan atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.
Keputusan ini bukanlah mudah. Kami telah berusaha sedaya upaya, namun ada hal‑hal luar kawalan yang memaksa kami akur dengan takdir ini.
Showtag Asia turut menjelaskan bahawa mereka akan menanggung sepenuhnya proses pemulangan wang bagi semua penonton yang sudah membeli tiket.
Tindakan ini dianggap wajar oleh ramai pihak memandangkan konsert tersebut adalah sebahagian daripada sambutan karier dua dekad penyanyi legenda, Mawi (Asmawi Ani), yang sepatutnya membawakan lebih 20 lagu popular dari era Akademi Fantasia 3 bagi menghargai peminat setia.
Walaupun ramai peminat kecewa, suara kebijaksanaan pihak penganjur disambut baik. Mereka memilih untuk mengutamakan keselamatan dan tanggungjawab moral dalam menghadapi situasi yang tidak diduga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.