“Zaman Sinetron Dulu Tak Seteruk Kini” – Ayat Hospital Jadi ‘Rumah Sakit’, Guru Ini Minta Ibu Bapa Pantau Kandungan Video Ditonton Anak-Anak

Kehidupan

“Zaman Sinetron Dulu Tak Seteruk Kini” – Ayat Hospital Jadi ‘Rumah Sakit’, Guru Ini Minta Ibu Bapa Pantau Kandungan Video Ditonton Anak-Anak

Seiring dengan kemajuan teknologi, kanak-kanak masa kini turut melalui perubahan dari segi penggunaan bahasa, sama ada di rumah mahupun di sekolah. Namun, trend terkini menyaksikan peningkatan pengaruh media luar seperti drama dan video dari Indonesia yang semakin mempengaruhi budaya serta bahasa dalam kalangan pelajar sekolah tempatan.

Walaupun tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada kandungan luar, namun tontonan tanpa kawalan serta kurang pemahaman terhadap penggunaan bahasa yang betul dikhuatiri menyebabkan kekeliruan dalam kalangan generasi muda hari ini.

Advertisement

Perkara ini turut dikongsi oleh seorang guru menerusi akaun Facebook @Cikgu Gja, yang mendedahkan bahawa ramai dalam kalangan pelajarnya kini lebih banyak menggunakan gaya bahasa Indonesia berbanding bahasa Melayu standard ketika menulis karangan.

Menurutnya, pengaruh daripada drama sinetron Indonesia jelas dapat dilihat apabila pelajar-pelajar menggunakan istilah seperti “merencanakan”, “rumah sakit” dan “teman” secara meluas.

Perkataan yang cikgu jumpa ‘merencanakan’, ‘rumah sakit’, ‘teman’ memanglah dalam bahasa Melayu ada perkataan itu, tapi penggunaan yang sesuai adalah kawan.

Kami pergi berkelah bersama kawan-kawan, rakan-rakan, ini kamu tulis bersama teman-teman, nampak sangat guna bahasa Indonesia, banyak yang cikgu jumpa dalam karangan kamu ni.

Kurang-kurang sikit tengok pengisian (content) Indonesia tu, jangan terbawa-bawa dalam cerita awak tu dengan bahasa Indonesia, salah,

Tambahnya, kebanyakan pelajar menulis berdasarkan apa yang mereka tonton, menyebabkan karangan dipenuhi perkataan asing seperti “berencana”, “teman-teman” dan “rumah sakit”.

bahasa indonesia

Perkongsian itu mendapat reaksi daripada ramai warga pendidik yang turut berkongsi pengalaman serupa di sekolah masing-masing. Mereka menyifatkan penggunaan bahasa Indonesia dalam kalangan pelajar seolah-olah menjadi trend terkini.

Isu ini turut dilihat sebagai satu cabaran besar dalam sektor pendidikan kerana pelajar kini dilihat kurang mampu menghasilkan karangan yang baik dan berkualiti dalam bahasa kebangsaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

selebriti fitness pukul orang
2 days ago

Selebriti 'Fitness' Terkenal Usia 37 Tahun Didakwa Dera Pekerja - "Saya Dipuk*l Dengan Kabel Mesin Gimnasium.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...