“Zaman Sekarang Jodoh Susah Nak Cari” – Ustaz Don Daniyal Beri Pendapat Isu Umat Islam Sertai ‘Speed Dating’

Kehidupan

“Zaman Sekarang Jodoh Susah Nak Cari” – Ustaz Don Daniyal Beri Pendapat Isu Umat Islam Sertai ‘Speed Dating’

Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan pandangan dan nasihat mengenai ‘trend’ mencari jodoh melalui cara ‘speed dating’ yang hangat diperkatakan ketika ini.

Maklum Ustaz Don, ia tidak menjadi satu kesalahan jika cara tersebut berlandaskan kepada hukum dan undang-undang Islam.

Advertisement

Islam bukan satu agama yang mengongkong. Islam adalah agama yang ada undang-undang. Harini orang bercakap tentang ‘speed dating’ dan sebagainya. Yang pertama sekali, ada tak perkara-perkara yang ditegah dan dilarang dalam Islam.

Ada tak masa pergi dating tu pegang tangan? Kalau ada, haram. Masa pergi dating tu pakaian kena buka semua bagi lelaki atau perempuan tengok? Kalau ada, haram.

Kalau sekadar duduk, masuk dan menyembang apa beza bersembang di pasaraya? Apa beza bersembang di pejabat? Kaedah ini bertujuan untuk mencari pasangan. Tambah pula zaman sekarang pasangan ni susah nak cari.

Ujarnya lagi, tidak perlu menjalani gaya hidup seakan-akan di madrasah kerana ramai orang sejak alam persekolahan sudah bercampur dan orang ramai di luar sana perlu memahami situasi itu.

Speed dating

Kata Ustaz Don, pergaulan antara lelaki perempuan perlulah dibataskan dengan sebaiknya dan perlulah menjaga ikhtilat selain tidak mengikuti budaya yang salah seperti bercium, peluk dan sebagainya.

Kita kena faham ada orang yang berusaha untuk mencari jodoh dan ini salah satu jalan yang ada sekiranya betul dengan cara Islam. Sebab itu firman Allah senang sahaja, nak buat apa pun letak Islam punya undang-undang dulu tapi ingat jangan sampai terlebih Islam. Itu orang panggil ‘over’ dan terpaling Islam.

Ustaz Don juga menyarankan agar pihak berkuasa mengeluarkan garis panduan yang betul untuk ‘berdating’ dalam usaha mencari pasangan hidup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ustazah asma harun
7 months ago

"Islam Sangat Meninggikan Maruah Dan Sifat Malu" - Ustazah Asma' Harun Kesal Lihat Orang Islam Sertai 'Speed Dating'

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...