Zaman Kita Main Beyblade Nak tengok Siapa Power! Berbeza Budak-Budak Sekarang Main Untuk Ke Asia Championship 2019 

Kehidupan

Zaman Kita Main Beyblade Nak tengok Siapa Power! Berbeza Budak-Budak Sekarang Main Untuk Ke Asia Championship 2019 

Baru-baru ini di laman sosial, ramai ibu bapa yang menunjukkan anak-anak mereka menggunakan kuali di dapur untuk bermain Beyblade. Kratif sungguh kanak-kanak zaman sekarang!

Advertisement

Beyblade suatu ketika dahulu  menjadi kegilaan kanak-kanak kelahiran era 90-an secara tiba-tiba menjadi meriah kembali dan dimainkan oleh kanak-kanak ketika ini yang gila bermain gajet.

Di pasaran, deretan model-model Beyblade dengan pelbagai warna, saiz dan rekaan ada dijual dimana-mana. Malah, beberapa pihak turut tampil menganjurkan pertandingan Beyblade yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

Melalui facebook Beyblade Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan Pusingan Kelayakkan Malaysia bagi mencari wakil Beyblade ke Asia Championship 2019 di Korea Selatan telahpun menemui juaranya.

Kerusi wakil itu diserahkan kepada Lucas Ma selepas berjaya menandingi pesaing-pesaingnya termasuk naib juara, Sak Seng Hon dan tempat ketiga, Hadeef.

Selain Lucas Ma yang dipilih mewakili Malaysia ke Korea Selatan, para pemenang juga membawa pulang hadiah seperti hamper dan set permainan Beyblade daripada penganjur.

Siapa sangka, permainan yang dahulunya dimain secara suka-suka oleh kanak-kanak Malaysia kini sudah menjadi trend kembali.

Kini Malaysia juga mampu menghantar wakil hingga ke peringkat Asia. Tahniah kepada pemenang. Kepada adik-adik di rumah, berlatihlah untuk menjadi jaguh satu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...