Baru-baru ini di laman sosial, ramai ibu bapa yang menunjukkan anak-anak mereka menggunakan kuali di dapur untuk bermain Beyblade. Kratif sungguh kanak-kanak zaman sekarang!
Beyblade suatu ketika dahulu menjadi kegilaan kanak-kanak kelahiran era 90-an secara tiba-tiba menjadi meriah kembali dan dimainkan oleh kanak-kanak ketika ini yang gila bermain gajet.
Di pasaran, deretan model-model Beyblade dengan pelbagai warna, saiz dan rekaan ada dijual dimana-mana. Malah, beberapa pihak turut tampil menganjurkan pertandingan Beyblade yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan.
Melalui facebook Beyblade Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan Pusingan Kelayakkan Malaysia bagi mencari wakil Beyblade ke Asia Championship 2019 di Korea Selatan telahpun menemui juaranya.
Selain Lucas Ma yang dipilih mewakili Malaysia ke Korea Selatan, para pemenang juga membawa pulang hadiah seperti hamper dan set permainan Beyblade daripada penganjur.
Kini Malaysia juga mampu menghantar wakil hingga ke peringkat Asia. Tahniah kepada pemenang. Kepada adik-adik di rumah, berlatihlah untuk menjadi jaguh satu hari nanti.