“Zaman Dulu Macam Ni” – Mak Mentua Degil Suap Biskut Pada ‘Newborn’, Ibu Tegur Anak Sakit Tapi Dimarahi Semula

Kehidupan

“Zaman Dulu Macam Ni” – Mak Mentua Degil Suap Biskut Pada ‘Newborn’, Ibu Tegur Anak Sakit Tapi Dimarahi Semula

Apabila sudah bergelar ibu bapa, mempelajari ilmu parenting ini sememangnya penting, lagi-lagi pasangan yang menunggu hari kelahiran bayi sulung mereka kerana ianya sebagai langkah persediaan.

Bagaimanapun, kisah duka yang dikongsikan oleh seorang wanita ini lain pula ceritanya apabila baru saja bergelar sebagai ibu, dia panik bila mendapati kesan buruk memberi anak makan biskut Marie.

Advertisement

Bayi beliau yang baru berusia 3 hari itu mengalami bengkak dada setelah diberi tiga kali sehari biskut terbabit oleh ibu mentuanya.

Akibat terlalu mengikuti cara penjagaan orang dahulu kala yang sudah biasa memberi makanan pejal sebelum usia 6 bulan, ibu ini mengakui berasa menyesal kerana mengakibatkan anaknya jadi seperti itu.

Belajar dari kesilapan, kini wanita itu lebih peka mengambil tahu pemakanan anak dan menurutnya lagi, beliau pernah melarang ibu mentuanya memberi makanan tersebut, tetapi dimarahi semula.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menyuruh wanita itu untuk lebih berkeras dengan ibu mentuanya di masa akan datang dan mengucapkan rasa syukur kerana kini anaknya sudah pulih.

sandra
3 years ago

"Jangan Terlalu Ikutkan.." - Doktor Dedah Sesetengah 'Petua' Boleh Membahayakan Nyawa Bayi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...