Menjadi ibu bapa di era kini bukanlah tugas mudah. Membesarkan anak-anak sekarang tidak sama seperti waktu kita membesar dulu. Kadang-kadang ada yang terfikir, “Adakah sudah buat yang terbaik untuk anak-anak. Cukupkah semuanya? Apa yang kurang?”
Berbanding di zaman ibu bapa membesar, anak-anak zaman sekarang dikelilingi pace yang laju, aktiviti dalam rumah dan pendedahan skrin lebih ketara.
Sebagai ibu bapa bukan tidak mahu beri kebebasan, tapi terdesak disebabkan tuntutan kerja selain dunia digital yang kian pesat membuatkan gaya hidup juga berubah.
Impak Gaya Hidup Zaman Moden Kepada Tumbesaran Anak-Anak
Pendedahan skrin yang tinggi menjadi dilema terbesar ibu bapa masa kini. Sebagai ibu bapa semestinya tahu kesannya, tetapi dalam kesibukan mengurus kerja, rumah dan tanggungjawab lain, skrin sering menjadi penyelamat sementara.
Jauh di sudut hati, ibu bapa mula sedar perubahan pada anak seperti mudah gelisah, cepat hilang fokus dan sukar untuk bertenang.
Lebih merisaukan, peluang anak-anak untuk bergerak aktif semakin terhad. Kurangnya pergerakan bukan sekadar soal fizikal, tetapi turut memberi kesan kepada perkembangan emosi, keyakinan diri dan keupayaan mereka mengenal dunia.
Ini bukan kisah tentang menyalahkan sesiapa. Ini kisah tentang kesedaran yang perlahan-lahan muncul dalam hati ibu bapa, bahawa dalam dunia yang semakin sibuk, jadi ibu bapa perlu mencari penyelesaian bagi isu dunia moden ini.
Kenapa Pemakanan Cara Lama Mungkin Tak Lagi Mencukupi
Perkembangan anak zaman ini bukan lagi satu dimensi. Otak, tubuh dan mata saling berkait dalam menyokong cara anak belajar, bergerak dan berinteraksi. Bila gaya hidup berubah, keperluan pemakanan juga perlu ikut berkembang.
Sebab itu ramai ibu bapa kini mencari nutrisi yang lebih relevan dengan realiti kehidupan anak hari ini, bukan sekadar untuk kenyang, tetapi untuk menyokong perkembangan menyeluruh mereka.
Sokongan Menyeluruh Untuk Otak, Badan dan Mata
Pemakanan yang betul memainkan peranan signifikan dalam membantu anak berkembang secara seimbang. Otak yang sihat membantu fokus, pembelajaran dan daya ingatan.
Perkembangan fizikal pula bukan sekadar kekuatan fizikal dan otot. Ini berkait rapat dengan keupayaan anak bergerak bebas, membina stamina dan yakin dengan badan sendiri.
Anak-anak yang membesar dengan fizikal sihat akan lebih berani mencuba, aktif serta yakin menghadapi apa juga jenis persekitaran mereka.
Keyakinan boleh terpancar bukan sahaja dari fizikal, malah emosi, pergerakan dan kelakuan seharian.
Manakala kesihatan mata penting untuk perhatian, membaca dan pembelajaran berasaskan skrin.
Gabungan ketiga-tiga aspek ini membantu anak bukan sahaja untuk hari ini, tetapi juga bersedia menghadapi masa depan.
Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf Dengan Nutrisi SmartGro™: Nutrisi Moden Untuk Anak Zaman Sekarang

Memahami keperluan ini, Fernleaf memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang dipertingkatkan dengan nutrisi SmartGro™, dirumus khas untuk menyokong perkembangan kanak-kanak hari ini.
Ini membuktikan dedikasi Fernleaf menambah baik formulasi mereka bagi menjamin yang terbaik bagi generasi mendatang. Susu ini mengandungi 5x DHA dan zat besi untuk menyokong perkembangan otak dan membantu anak fokus semasa belajar dan meneroka.
Terbaru, susu ini dipertingkatkan dengan Lutein untuk menapis cahaya biru dan melindungi mata.
100% Kalsium – Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat
Protein Tinggi – Penting bagi tumbesaran dan perkembangan
Gabungan nutrisi untuk otak, mata dan badan ini menjadikan Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Fernleaf dengan Nutrisi SmartGro™ sebagai pilihan nutrisi menyeluruh untuk anak hari ini.
Produk ini tersedia untuk kanak-kanak berumur 1–3 tahun dan 4–6 tahun, dengan pilihan perisa Plain, Honey, dan Chocolate (untuk 4–6 tahun).
Cuba Sendiri Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf dengan Nutrisi SmartGro™

Setiap tegukan Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-kanak Fernleaf Dengan Nutrisi SmartGro™ dipenuhi dengan kebaikan, semuanya untuk kanak-kanak Malaysia, pada harga mampu milik.
Produk ini juga boleh didapati dimana-mana kedai runcit atau secara atas talian di Shopee dan Tiktok! Cuba sekarang.
Lawati laman rasmi Fernleaf untuk maklumat lanjut dan jangan ketinggalan untuk ikuti Fernleaf di Facebook, Instagram dan TikTok bagi info terkini.

