Zalimnya! Majikan Tak Beri Pekerja Kilang Bersolat

Trending

Zalimnya! Majikan Tak Beri Pekerja Kilang Bersolat

Kita semua hidup di Malaysia dengan berbilang kaum seharusnya mempunyai sifat saling menghormati antara satu sama lain agar kita semua bersatu padu dan membantu antara satu sama lain.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama, anda perlu menghormati kehidupan orang mengikut kepercayaan mereka agar hubungan kekal aman.

Ini berbeza pula dengan satu kes yang berlaku di Kapar, Selangor, dimana kilang tersebut melarang pekerja Islam di syarikatnya daripada menunaikan ibadat wajib iaitu solat.

Advertisement

Menurut Utusan Online, tindakan yang dilihat sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni itu dibuat melalui sepucuk memo bertarikh 30 Julai yang kini tular dalam media sosial.

Tidak dibenarkan solat pada waktu berkerja kecuali waktu makan

Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.

 

Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan.

Rata-rata netizen yang melihat notis ini di laman sosial bengang dengan tindakan yang tiada hati perut dan tidak menghormati agama lain.


Ada diantara mereka juga meluahkan perasaan apabila diberi waktu solat, segelintir umat Islam menggunakan waktu itu untuk mengular.

 

Jadi apa pendapat anda semua tentang isu ini?

 

Sumber: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...