Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zalif Sidek Diserang Asma, Mohon Peminat Doa Agar Cepat Bertemu Jodoh

zaif sidek diserang asma

Mengalami sesak nafas yang teruk sejak pagi Isnin akibat tidak menjaga makan dengan betul, pelakon Zalif Sidek diserang asma sehingga memaksa dirinya mendapatkan bantuan di klinik.

zalif sidek diserang asma

Advertisement

Menurutnya beliau langsung tidak boleh bercakap pada mulanya dan tidak larat untuk bangun, namun tetap mengagahkan diri untuk terus pergi ke klinik untuk mendapat ubat.

Tambah Zalif, kerap minum minuman berais dan tidak menjaga pemakanan membuatkan dirinya mudah diserang penyakit itu.

View this post on Instagram

A post shared by ([email protected]) (@zalifsidek)

Advertisement

Malah, dirinya yang baru berpindah rumah itu tidak menolak ia merupakan salah satu faktor beliau mudah terdedah dan diserang asma.

“Jadi saya memang sibuk berkemas dan memang terdedah dengan habuk yang banyak. Saya pula memang sensitif dengan habuk.”

Dalam pada itu, Zalif juga sempat menyeru orang ramai mendoakan agar dirinya dipertemukan jodoh secepat mungkin.

Hal ini kerana, sudah tiba masanya beliau mendirikan rumah tangga dan mempunyai teman hidup supaya mampu membantunya menjaga diri terutamanya ketika sakit.

Advertisement

zalif sidek diserang asma

“Satu saja saya minta, doakan saya dapat jodoh secepat mungkin. Bila berseorangan ni semua benda kena buat seorang diri.”

Bercakap mengenai soal jodoh, Zalif sebelum ini pernah digosipkan dengan  penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim, namun Zalif menafikan yang dirinya sengaja mencari publisiti murahan dengan melakukan gimik yang kononnya dia sedang hangat dilamun cinta. Bagaimanapun, setelah ditinjau, kisah cinta itu hanyalah spekulasi yang dibuat netizen semata-mata.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. ryu

    June 10, 2020 at 2:35 pm

    u don’t need a wife. u need a nurse and org gaji.

  2. Pemerhati

    June 10, 2020 at 12:21 pm

    cari orang gaji je Zalif oii..

  3. Anonymous

    June 10, 2020 at 12:08 pm

    Erk, nak cari pasangan sebab nak ada orang tolong jaga ke? Aiseh. Kalau dapat anak nanti siapa pulak nak jaga anak? Lol. Kena ubah mindset tu.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top