Pelakon Zalif Sidek yang sudah bertunang dengan Anis Marzuki pada 20 Ogos lalu mengakui dia tidak pernah sekali pun keluar dating dengan tunangannya sebelum ini.
Zalif memaklumkan yang mereka berdua bagaimanapun keluar dating buat kali pertama baru-baru ini apabila Anis menemaninya untuk mengambil sijil kursus perkahwinan di Melaka.
Ini kali pertama kami bertemu muka dan berbual. Sepanjang bertunang, saya tak pernah berhubung dengan dia menerusi apa cara pun.
Menurut Zalif, pada mulanya timbul perasaan kekok dalam dirinya kerana terfikir bagaiamana dia hendak mulakan perbualan dengan Anis namun mereka sebenarnya sefahaman.
Tambah Zalif, kesempatan bertemu bakal isteri dalam tempoh yang singkat itu turut dia gunakan bagi menerangkan situasi sebenar kariernya seperti kadangkala perlu kerja luar kawasan dan tiada di rumah beberapa minggu.
perlahan-lahan saya beritahu jangan marah pula bila saya muat naik gambar dengan pelakon wanita di media sosial. Dia kata okey asalkan tak melebihi batasan.
Bagaimanapun, Anis nampaknya faham dengan situasi tersebut kerana dia juga merupakan seorang usahawan wanita yang mempunyai produk dan jenama tudung sendiri serta sibuk menguruskan perniagaan.
Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek turut memberitahu yang mereka kini sedang giat membuat persiapan kahwin tetapi dia bercadang hendak membuat majlis secara ringkas sahaja.
Sekadar info, Zalif bertunang dengan Anis atas pilihan keluarga dan mereka bakal melangsungkan pernikahan pada 26 Februari tahun hadapan.