Written by AbangNara | November 30th, 2008

Entah bila Zakiah Anas mendirikan rumah tangga, tup-tup hangat berita baru-baru ini yang Zakiah Anas meminta cerai dari suaminya. Misteri betul, bila masa iye Zakiah Anas jadi isteri orang?

Zakiah Anas, 42, telah meminta cerai menerusi Mahkahmah Rendah Syariah Shah Alam dari suaminya Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46. Pada hari perbicaraan kesnya, suami Zakiah Anas gagal menghadirkan diri ke mahkahmah.

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, suami Zakiah Anas ingin menyelesaikan kes ini tanpa melibatkan mahkahmah.Dengar khabarnya, Zakiah Anas sedang hangat dilanda cinta dengan seorang pegawai polis yang lebih muda daripadanya. Benar atau tidak, itu hanya mereka-mereka yang berkaitan sahaja yang tahu.

Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi dengan kes ini. Nampaknya tahun 2008 ini dipenuhi dengan kes cerai berai suami-isteri personaliti dan artis Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.