“Zakat Dia Sebulan Dah Beratus Ribu..” – Individu Nafi Che Ta Suka Berhutang, Anggap Macam Kakak Sendiri

Hiburan

“Zakat Dia Sebulan Dah Beratus Ribu..” – Individu Nafi Che Ta Suka Berhutang, Anggap Macam Kakak Sendiri

Seorang individu mendedahkan bahawa Che Ta tidak pernah berhutang ketika mengajaknya untuk melakukan solekan, dan menganggap pelakon terkenal itu seperti kakak sendiri.

Pendedahan tersebut dibuat selepas berita mengenai rumah pelakon Rozita Che Wan, lebih dikenali sebagai Che Ta, yang diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana gagal melunaskan pinjaman hampir RM1 juta dari agensi tersebut.

Advertisement

Che Ta sendiri berkongsi perkara ini menerusi Instagram Story, di mana beliau memaparkan tangkapan layar dari sesi siaran langsung di TikTok sambil menjual pakaian terpakai.

Dalam hantaran tersebut, individu terbabit menyatakan bahawa Che Ta akan membayar hutangnya jika benar ada melakukan kesalahan. Dia juga menasihatkan netizen supaya tidak mengkritik Che Ta yang dilihat sedang berusaha mencari rezeki dengan menjual barangan di sesi siaran langsung TikTok pada malam tersebut.

Che ta tak pernah berhutang dakwa individu

Semalam, Che Ta kelihatan tidak terganggu dengan isu yang sedang melanda dirinya, malah terus tampil menjual pakaian terpakai secara langsung di aplikasi TikTok.

Dalam siaran tersebut, Che Ta tidak hanya menjual pakaian miliknya, tetapi turut menjual pakaian terpakai daripada ahli keluarganya yang lain. Difahamkan, sesi tersebut berlangsung dari jam 9 malam hingga ke tengah malam.

Walaupun ramai netizen yang meninggalkan komen bertanyakan mengenai isu hutang dengan MARA, Che Ta tidak memberi perhatian kepada soalan-soalan tersebut, sebaliknya terus fokus kepada jualan barangan.

Menurut Che Ta, tujuan beliau menjual pakaian tersebut adalah untuk mengosongkan rak di premis miliknya. Beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti jualan ini sudah dimulakan sejak tahun 2016.

Sebelum ini, Che Ta yang mempunyai nama sebenar Rozita Abu Bakar pernah berkata bahawa beliau tidak kisah dengan laporan media selagi tidak melibatkan fitnah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rozita che wan dan anak sulung bakal diisytihar muflis
4 hours ago

7 Tahun Berhutang, Che Ta Dan Ammar Effendy Bakal Diisytihar Muflis Oleh MARA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...