Sepanjang perjalanan ini lembah dan lurah ku lewati, ketenangan yang ku cari belum ku temui. Bila mengimbau kembali lirik tersebut pasti ramai yang sudah tahu siapakah gerangan penyanyi yang popular dengan lagu Menaruh Harapan tidak lain dan tidak bukan, Zaiton Sameon.
Di bulan Ramadhan ini, nampaknya Zaiton Sameon telah dibukakan hatinya untuk berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya. Berita tersebut disahkan sendiri oleh adik angkatnya, Syed Yusuf Wafa melalui laman sosial Facebook miliknya memaklumkan kakak angkatnya itu sudah bernekad untuk bertudung pada hari Jumaat lepas.
Alhamdulillah termakbul doa Allahyarham Biduanita Sharifah Aini.
Ini kerana semasa hayatnya, Sharifah Aini yang sudah setahun meninggal dunia itu memang rapat dengan Zaiton Sameon malah sering membantu beliau.
Zaiton Sameon pada masa yang sama turut mengucapkan rasa syukur kerana dibukakan hatinya untuk berhijab pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Alhamdulillah di bulan Ramadan yang mulia ini terbuka hati untuk berhijab.
Semoga segala urusan Zaiton Sameon dipermudahkan selepas ini dan ayuh sama-sama doakan beliau diberkati oleh Allah SWT dan kekal berhijab sehingga ke akhir hayat.