Zainol MacWilson Akui Sudah Sah Bercerai 9 November Lepas

Hiburan

Zainol MacWilson Akui Sudah Sah Bercerai 9 November Lepas

Baru-baru ini, ada beberapa berita yang mengatakan rumah tangga ibu bapa Zahirah MacWilson sedang bermasalah apabila ibunya Maslinda Yusof memuat naik beberapa foto yang menggambarkan kekecewaan di akaun Instagram miliknya.  Malah, pada bahagian bio beliau menyatakan kini sudah menjadi ibu tunggal.

Advertisement

Tidak mahu orang ramai terus berteka-teki tentang status perkahwinan mereka, bapa Zahirah iaitu Zainol MacWilson mengesahkan beliau dan isteri sudah bercerai  pada 9 November lepas selepas tiada lagi persefahaman antara mereka.

Benar, saya sudah bercerai dengan Maslinda diatas tiada persefahaman. Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa. Cuma saya tahu, anak-anak pula jadi mangsa gara-gara masalah kami ini.

Ada pihak yang mengatakan mereka bercerai kerana wujudnya orang ketiga. Namun, Zainol menegaskan ia tidak benar sama sekali dan berharap tiada lagi pihak yang menyebarkan cerita tidak benar mengenai penceraiannya.

Mengakui masih lagi sedih selepas berpisah dengan isterinya, Zainol bagaimanapun tidak serik untuk mencari teman hidup lagi sekiranya ada jodoh.

Orang kata, hidup perlu diteruskan dan apa yang sudah berlaku pasti ada hikmahnya.

Tetapi saya tidak serik, sekiranya ada jodoh, pasti Allah akan temukan kita dengan seseorang tidak kira bila-bila masa. Bagaimanapun saya masih lagi bersedih dengan penceraian ini.

Patutlah sejak dua menjak ini ibu Zahirah MacWilson kelihatan agak sedih dan kecewa. Tidak mengapalah, mungkin ini jalan yang terbaik buat Zainol dan bekas isterinya Maslinda. Apa-apa pun kami harap anak-anak anda tidak terasa diabaikan.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...