August 4th, 2016

Sebut sahaja nama Zainal Abidin tentu ramai yang akan ingat dengan lagu popular beliau iaitu Dekat Tapi Jauh. Malah, Zainal merupakan penyanyi yang cukup berkaliber sehingga kini.

Namun,  Zainal baru-baru ini ada meluahkan hasratnya untuk bersara kerana ingin membuka ruang dan peluang untuk penyanyi lain menempa kejayaan.

Menurut Zainal, beliau kini dalam perbincangan untuk mengeluarkan album antarabangsa dan selepas itu beliau akan memperlahankan kerjaya didalam bidang muzik tempatan.

Saya sedang berbincang dengan sebuah label muzik antarabangsa iaitu Abien Music untuk menghasilkan sebuah album antarabangsa. ?Selepas itu, saya akan adakan sebuah konsert solo di Kuala Lumpur dan Johor bersempena 35 tahun perjalanan saya dalam industri muzik.

Bersara itu bukan bermaksud saya tidak menyanyi tetapi jika ada tawaran persembahan di luar negara, saya tetap akan terima cuma untuk dalam negara, saya akan kurangkan .

Kami yakin keputusan yang dibuat oleh  Zainal Abidin ini sudah difikirkan secara masak-masak. Bak kata beliau, mungkin sudah tiba masa untuk artis lain pula mencipta nama ke tahap yang lebih hebat ataupun setanding dengan beliau. Masih ada lagi bakat diluar sana yang cukup berkualiti.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...