Zainal Abidin Hanya Dengar Khabar Anak Perempuan Sudah Bernikah Di Jerman – “Sepatutnya Jemput Sebab Saya Walinya”

Hiburan

Zainal Abidin Hanya Dengar Khabar Anak Perempuan Sudah Bernikah Di Jerman – “Sepatutnya Jemput Sebab Saya Walinya”

Penyanyi lagenda, Datuk Zainal Abidin memaklumkan bahawa dia ada mendengar khabar dari jauh mengenai berita anaknya, Timur Gabriel sudah mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, Timur Gabriel kini menetap di luar negara dan jarang bertemu mahupun berhubung dengan penyanyi lagu Hijau itu.

Advertisement

Hubungan kami tidak dapat dieratkan kerana dia duduk jauh dari saya, menetap di Jerman. Saya tidak diberikan masa dan peluang untuk berjumpa dengan anak-anak saya.

Anak perempuan saya yang Timur itu pun tak pasti sama ada sudah bernikah atau belum. Saya dengar desas-desus dia sudah bernikah. Tetapi seharusnya kalau nak bernikah, kena jemput saya sebagai bapanya. Saya adalah walinya.

Namun begitu, Zainal berkata dia tidak pernah memutuskan hubungan sebagai bapa dengan anak-anaknya serta sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.

Saya tidak pernah memutuskan hubungan, tetapi apabila ada sesuatu pihak ingin memutus maka terpulanglah. Jumpa di akhirat nanti.

Kalau berusaha sedaya upaya untuk berdamai pun saya rasa itu tidak akan berlaku. Saya hanya mengharapkan terbaik.Saya selalu mendoakan anak-anak, sembahyang lima waktu sehari sentiasa doakan yang terbaik.

Sekadar info, Timur Gabriel adalah anak hasil perkahwinan Zainal bersama bekas isteri, Natasha Gabriel.

Zainal dan Natasha turut mempunyai seorang lagi anak lelaki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Izara Aisyah selar tindakan orang kritik usaha kerajaan rawat rakyat palestin
4 months ago

"Ingat Mereka Nak Sangat Ke Jadi Rakyat Malaysia?" - Izara Aishah Selar Individu Perlekeh Usaha Kerajaan Rawat Rakyat Palestin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...