Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zain Tak Mahu Aaisyah Jadi Artis, Bising Jika Saya Bawa Ke Majlis Hiburan – Che Ta

Sejak dilahirkan, anak kepada pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sudah cukup terkenal. Malah, beliau bukan sahaja pernah menjadi duta produk tetapi turut mempunyai rancangan realiti sendiri.

Advertisement

Walaupun sudah terbiasa dengan dunia glamor dan kamera sejak kecil, Che Ta memberitahu suaminya kalau boleh tidak mahu Aaisyah mengikut jejak langkah mereka menjadi artis. Bukan itu sahaja, Zain juga sebenarnya tidak setuju mewujudkan akaun Instagramnya buat Aaisyah.

Seboleh-bolehnya Zain tidak mahu Aaisyah menjadi artis dan didedahkan dengan dunia hiburan. Malah, Zain bising jika saya bawa Aisyah ke majlis hiburan hingga balik lewat malam. Ini kerana dia tidak mahu anak ponteng sekolah.

Cuma, jika ada tawaran Aaisyah berlakon dengan saya, kami okay. Kalau hanya dia seorang kami tak akan ambil.

Namun, menurut Che Ta, anak perempuannya itu sudah mula menunjukkan minat untuk berlakon dan menyanyi, pendek kata dah macam orang dewasa.

Sebagai seorang bapa, ramai yang akui bukan mudah untuk menjaga anak perempuan. Pastinya Zain sudah mempunyai perancangan tertentu buat Aaisyah.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    October 1, 2018 at 11:03 am

    Zain, kau tu ketua keluarga ke atau che ta ? Hidup kalau bergantung pd bini, cakap ape pun bini takkan dengar. Anak kau dah ikut jejak glamour bini dgn kehidupan materialistik. Belum terlambat kalau nak tarik anak hidup cara normal

  2. cantik

    October 1, 2018 at 10:54 am

    muka Aaisyah dah almost jd melayu tulen dah yg gmbr no 3….dah x mcm mixed blood

  3. izat

    October 1, 2018 at 10:04 am

    Mestilah, dah itu satu-satunya waris dia. mesti dia nak jadi selain dari artis, yang boleh jaga dia masa dia tua nanti.
    Anak lelaki dia pandai pulak suruh belajar pandai-pandai Che Ta ni.

  4. snow

    October 1, 2018 at 10:03 am

    ape ape pon aisyah nie da jadi public figure…

  5. wawa

    October 1, 2018 at 9:51 am

    dah laki tak bagi tapi tetap buat jugak…ketegaq jugak hang ye che ta

Loading...
To Top