Sejak dilahirkan, anak kepada pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sudah cukup terkenal. Malah, beliau bukan sahaja pernah menjadi duta produk tetapi turut mempunyai rancangan realiti sendiri.
Walaupun sudah terbiasa dengan dunia glamor dan kamera sejak kecil, Che Ta memberitahu suaminya kalau boleh tidak mahu Aaisyah mengikut jejak langkah mereka menjadi artis. Bukan itu sahaja, Zain juga sebenarnya tidak setuju mewujudkan akaun Instagramnya buat Aaisyah.
Seboleh-bolehnya Zain tidak mahu Aaisyah menjadi artis dan didedahkan dengan dunia hiburan. Malah, Zain bising jika saya bawa Aisyah ke majlis hiburan hingga balik lewat malam. Ini kerana dia tidak mahu anak ponteng sekolah.
Cuma, jika ada tawaran Aaisyah berlakon dengan saya, kami okay. Kalau hanya dia seorang kami tak akan ambil.
Namun, menurut Che Ta, anak perempuannya itu sudah mula menunjukkan minat untuk berlakon dan menyanyi, pendek kata dah macam orang dewasa.
Sebagai seorang bapa, ramai yang akui bukan mudah untuk menjaga anak perempuan. Pastinya Zain sudah mempunyai perancangan tertentu buat Aaisyah.