February 9th, 2017

Biasanya kita selalu lihat pelakon jelita Rozita Che Wan ataupun Che Ta mengenakan bulu mata palsu yang menjadi “trademark” nya dan beliau juga tidak pernah keluar tanpa makeup.

Namun, Che Ta akui suaminya, Zain Saidin lebih suka melihat dirinya tanpa sebarang makeup dan akan memastikan beliau kelihatan “natural” bial berada di rumah untuk tatapan suami tercinta.

Sebenarnya suami saya lebih suka melihat wajah saya tanpa makeup sebab itu saya suka mengenakan makeup untuk orang lain bila keluar. Jadi bila di rumah saya akan pastikan wajah saya bebas tanpa makeup untuk tatapan suami.

Untuk pengetahuan semua, di dalam program realiti The House 3 , Che Ta juga telah mendedahkan wajahnya tanpa makeup.

Di dalam The House, saya telah mendedahkan sebahagian kehidupan peribadi saya termasuklah ketika waktu malam sebelum masuk tidur. Jika ada yang mahu melihat saya tanpa solekan dan bulu mata, anda boleh menonton The House kerana mereka sempat merakamkan wajah saya ketika itu sebelum masuk tidur.

Sweetnya Zain, pasti ingin menghargai Che Ta seadanya dan melihat kecantikan wajah isterinya itu tanpa makeup. Hehe..

Sumber Berita : Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...