May 22nd, 2015

Di lihat sering mendengar kata isterinya, Zain Saidin menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau ibarat lembu dicucuk hidung. Jelas Zain, sebagai seorang suami sudah menjadi tuntutan agar Rozita Che Wan yang harus mendengar cakapnya.

Tidak dinafikan mungkin faktor perbezaan umur yang agak jauh diantara mereka merupakan punca orang di luar sana salah faham.

Perkara itu terjadi disebabkan mereka melihat Che Ta lebih berumur berbanding saya dan disebabkan percakapannya yang lantang mungkin orang nampak dia lebih macam mengarah saya. Sebenarnya banyak Che Ta dengar cakap saya kerana saya adalah suaminya.

Isu  seperti ini sudah lali dengan Zain dimana pelbagai spekulasi akan disebarkan melalui media sosial sehingga memudahkan orang ramai untuk membuat fitnah tanpa bukti yang kukuh.

Zain hanya akan mendengar cakap Che Ta dari segi penampilan diri serta menggayakan pelbagai fesyen kerana isterinya itu lebih memahami bidang berkenaan.

Che Ta lebih tahu semua perkara mengenai fesyen. Saya cuma tahu mengenai fesyen street wear tetapi dia lebih kepada fesyen designer. Jadi tidak salah saya mengikutnya dari segi fesyen untuk mengubah penampilan supaya lebih mengikut kepada gaya fesyen yang terkini.

Kita tidak boleh menghakimi sifat dan kehidupan rumah tangga seseorang itu hanya di luarannya sahaja ataupun faktor umur. Kami rasa Che Ta hanya sekadar beri beberapa pendapat, ialah hidup berumah tangga ni mana boleh buat keputusan sendiri.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

 


Comments are closed.

Loading...