Membaca kata-kata Zain Saidin mengenai pengalamannya berada di sisi isteri tercinta, Rozita Che Wan sepanjang proses bersalin membuatkan Abang Nara teringatkan perkara yang sama. Memang teruja. Macam-macam perasaan bercampur baur dalam hati. Kesian kat isteri yang sedang kesakitan, tak sabar nak tengok wajah anak, tak sabar nak azankan dan macam-macam lagilah. Detik yang paling menggembirakan dan mengujakan ialah apabila memegang si anak buat pertama kali. Menggigil juga tangan Abang Nara dibuatnya.
Untuk makluman, anak sulung Zain Saidin hasil perkongsian hidup dengan Che Ta ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.8kg di Hospital Pakar Ampang Puteri kira-kira jam 2.18 petang pada 1 November lalu. Zain dan Che Ta sudah berada di hospital sejak jam 8 pagi. Kata Zain menerusi Berita Harian:-
Saya berada menemani isteri lebih empat jam di bilik bersalin. Khamis lalu, ketika membuat pemeriksaan bukaan sentimeter serviks isteri saya tak besar. Beberapa jam juga kami menunggu bukaan sentimeter serviks itu membesar pada hari bersalin.
Asalnya saya hanya mahu berada di sebelah isteri saya memberi sokongan moral. Pelbagai perasaan mula bermain di fikiran, almaklumlah ini kali pertama saya menyaksikan serta mengalami pengalaman ini. Perasaan ingin tahu itu kian bercambah.
Tapi secara automatik, saya pula jadi teruja terutamanya apabila sudah mula kelihatan kepala anak saya. Malah selepas doktor memberikan salam simbolik kepada kehadiran anak, saya lagi bertambah teruja
Zain juga turut melahirkan rasa tersentuhnya ketika melaungkan azan dan iqamat ke telinga anaknya. Kata Zain menerusi Media Hiburan:-
Syukur alhamdulillah kerana Che Ta dan bayi dalam keadaan sihat. Jujurnya, ketika berada di bilik bersalin dan melihat sendiri proses tersebut, saya rasa seperti sedang bermimpi.
Dan apabila anak dilahirkan, saya nangis di samping gembira dengan kurniaannya.Saya juga rasa tersentuh ketika azan dan iqamat ke telingan anak. Sebelumnya dia menangis, tapi apabila diazan dan iqamat dia terus diam
Abang Nara memahami keterujaan Zain Saidin. Itulah perasaan yang dialami oleh semua bapa di seluruh dunia. Sememangnya selepas melihat isteri kita sendiri bersalin, memang akan secara automatiknya menghargai segala penat lelah mereka bertarung nyawa. Apa pun, khabarnya Zain dan Che Ta akan umumkan nama anak mereka pada hari ke 7 nanti. Sama-samalah kita nantikan.
P.S: Jom dapatkan koleksi TELEKUNG TRAVEL SEJADAH terbaru keluaran Gudang.my! Keistimewaan telekung ini ialah begnya yang unik. Beg boleh simpan telekung dan beg bila dibuka menjadi SEJADAH! Harga pun sangat berpatutan, RM49 free postage! Boleh layari Facebook GudangMY atau telefon/whatsapp ke 019-236-1986.Â