Zain Saidin Gembira Rozita Che Wan Berkemungkinan Sudah Mengandung

Zain Saidin Gembira Rozita Che Wan Berkemungkinan Sudah Mengandung

Umum mengetahui pasangan hot Zain Saidin dan Rozita Che Wan kepingin untuk mempunyai anak sendiri selepas melangsungkan perkahwinan pada Disember lepas. Maklumlah, pasangan ini punya perbezaan umur yang ketara dan Che Ta pun sudah memasuki usia 40’an.

Malah anak-anak Che Ta sendiri dari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, sudah pun memasuki usia remaja.

Melalui Whatsapp, Zain memberitahu mStar Online:

Advertisement

Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada ‘orang baru’ akan sertai kami sekeluarga atau tidak.

Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri.

Zain, 30, memberitahu buat masa ini dia masih belum lagi mendapat keputusan rasmi daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya.

Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami.

Mungkin Zain dan Che Ta telahpun membuat ujian menggunakan kit penguji kehamilan di rumah yang boleh didapati dengan mudah di farmasi dan sedang menunggu hasil pemeriksaan doktor untuk pengesahan?

Kalau betul, terkabullah impian Che Ta untuk memiliki anak yang mempunyai darah campuran kulit putih seperti yang pernah diberitahu sebelum ini, ya tak?

Apa pun, bersama kita doakan yang terbaik untuk Zain dan Che Ta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...