Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Bercuti Bersama Di USS Singapura

Hiburan

Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Bercuti Bersama Di USS Singapura

Wah ~~ Nampaknya Zain Saidin dan Rozita Che Wan tidak lagi malu-malu kucing untuk berkongsi gambar mereka berdua bersama selepas pengakuan cinta daripada Zain baru-baru ini. Terbaru, mereka berdua telah bercuti bersama ke Universal Studio di Singapura bersama keluarga.

zain dan rozita

Advertisement

Memang sama cantik sama padan pasangan ini. Turut sama menemani mereka ialah Ayu Raudhah dan suami serta anak-anak Rozita Che Wan. Mereka berdua telah pun bercuti di sana selama 2 hari. Pastinya kesempatan ini digunakan oleh Zain untuk meluangkan masa bersama kekasihnya sambil mengenali keluarga Rozita dengan lebih rapat.

zain dan rozita

Bercakap kepada Mstar Online, Zain memberitahu yang dirinya masih belum ada perancangan untuk merisik Rozita Che Wan. Namun begitu Zain mengakui yang hubungan mereka kini semakin stabil. Kesimpulannya, kedua-duanya tengah hangat dilamun cinta.

zain dan rozita

Semoga hubungan ini akan berakhir di jinjang pelamin satu hari nanti. Pasti ramai yang tak sabar untuk melihat mereka berdua bersanding. Sama-samalah kita doakan.

arabellaP.S: Menarik juga telekung dan border lace daripada House of Arabella ini. Harga berpatutan sangat-sangat dengan kualiti yang sangat awesome. Klik Facebook House of Arabella untuk melihat lebih banyak koleksi yang mereka tawarkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...