Zain Saidin Akui Che Ta Suka Beliau Pakai Baju Ketat

Hiburan

Zain Saidin Akui Che Ta Suka Beliau Pakai Baju Ketat

Zain Saidin kini nampaknya aktif dalam bidang perniagaan pula. Sudah memiliki jenama kasutnya sendiri iaitu Zapatos, Zain juga baru-baru ini telah melancarkan koleksi pakaian hari raya dikenali sebagai Ketak by ZainSaidin.

Advertisement

Koleksi pakaian raya Zain khas untuk mereka yang bertubuh sasa kerana ia direka mengikut bentuk badan.

Jelas Zain, beliau mendapat inspirasi untuk melancarkan koleksi pakaian sebegitu kerana isterinya Rozita Che Wan gemar melihat beliau memakai pakaian ketat.

Che Ta, dia suka saya pakai baju yang betul-betul muat badan dan fit. Jadi saya keluarkan koleksi pakaian raya yang mana rekaan baju melayu betul-betul mengikut saiz badan. Pendek kata, baju koleksi saya ini lebih sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai badan yang ‘sado’.

Tapi bagi mereka yang badan tak beraa sado dan suka pakai, boleh ambil saiz yang lebih besar sikit. Saya buat baju ni untuk saya pakai tapi kalau ada yang nak beli, saya jual.

Agak unik juga konsep yang diketengahkan oleh Zain, lepas ini abang-abang sado yang ingin kelihatan bergaya bolehlah dapatkan koleksi pakaian raya oleh Zain. Hehe..mana tahu korang juga boleh dapat isteri macam Che Ta? Yang terpikat dengan otot-otot yang kelihatan disebalik baju Melayu..Heh..

Sumber Berita : Malaysian Digest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...