Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zain Kini Kembali Dengan Adaptasi Lagu Balada JYP

Selaku peminat lagu Korea, nama JYP sememangnya tidak asing lagi kepada Abang Nara. JYPlah yang bertanggungjawab untuk menaikkan nama-nama besar seperti Rain, Wondergirls, 2AM dan ramai lagi. Kini, JYP telah memberikan satu tugas berat kepada Zain, seorang penyanyi Malaysia untuk menyanyikan lagu ciptaannya di dalam Bahasa Melayu.

zain

Advertisement

Pada mulanya Abang Nara memang agak skeptikal dengan mereka yang cuba menyanyikan lagu Bahasa Korea di dalam Bahasa Melayu. Namun apabila Abang Nara mendengar suara si Zain ini, terus skeptikal Abang Nara hilang. Zain ternyata berada di kelasnya tersendiri. Suaranya ada jiwa, ada feeling dan ada penghayatan.

Abang Nara pun mencarilah info mengenai si Zain atau nama penuhnya Zain Amri ini. Rupa-rupanya Zain sudah pun melancarkan 2 single yang yang diberi tajuk “Arms Around Me” dan “Semoga Bahagia”. Dan pada 26 Mei ini, Zain akan melancarkan album sulungnya yang bertajuk “Just Zain”. Abang Nara serius teruja bukan hanya dengan suara Zain tetapi juga dengan video klip yang dihasilkan.

Not bad kan? Pasti ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Zain selepas mendengar suaranya di atas. Sekiranya anda berminat, boleh layari laman web www.zainamri.com. Dan jika anda mahu menghadiri majlis pelancaran album Just Zain, sila hubungi 012-210-3055 atau 03-2161-7789. Abang Nara berani jamin anda tidak akan menyesal.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

61 Comments

  1. Entah

    May 25, 2012 at 2:28 am

    Saya okey je dye nk menyanyi lagu tu..tp xblh beat 2am nyanyi la.mungkin dye dpat n dh buat agreement dgn JYP la kot. tp pelik knp JYP xbuat liputan berkenaan dgn ni..at least let k-pop fans malaysia x hilang arah tertanya2 ttg lelaki ini..yg pasti rmai gler xleh trime dye nyanyi lgu ni..kesian dye. hazami nyanyi winter sonata dulu pn x kne mcm ni kn. mgkin sbb kali ni si zain ni plak ambk lagu dr JYP kot..that’s why k-pop fans yg berlambak2 kt mlaysia ni xsukee…mybe la mybe.

  2. Dato minah jambu yg paling pling popular 24jam mengadap computer

    May 24, 2012 at 11:30 pm

    sape dia ni? minah jambu tk kenal pn ! bang nara sape dia ni ????? dia ni pelakon ke penyanyi? peminat2 tolong kasi minah jambu jawapan yg paling exlusive ngan minah jambu yg sedia menanti ni ….PLEASEEEEEEEEEEEEEE………!!!

  3. mentally traumatize

    May 24, 2012 at 8:51 pm

    aq ragu2 btol dgn statement “JYP telah memberikan satu tugas berat kepada Zain, seorang penyanyi Malaysia untuk menyanyikan lagu ciptaannya di dalam Bahasa Melayu.” bio beno… bkn nak pelekehkan si zain ni, tp jyp nk amek trainee pon ssh ni angin ta de ape ta de tertibe je nak bg “tugas berat” ke zain… scr logik nye mesti la depe akn cr artis2 yg senior yg da kompom popular kan

    p/s:2am punye sore lagi dasyat kot haahahhaa

    • 2pm bias

      May 25, 2012 at 10:55 am

      btol ke JYP bg tugas kt zain? ke propa je ni.
      sje cr publisiti

  4. 2am

    May 24, 2012 at 8:42 pm

    “this song” one of my fav song..
    tapi WTF hancur gle lagu 2am..

    • 2pm bias

      May 25, 2012 at 10:54 am

      btol tu. ingt snng2 ke nk bw lgu 2am.
      pilih la artis yg bkualiti vokal.
      hish. kecewe ni

  5. bilakah nak ada entry pasal Mastodon?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama