Kalau sudah jodoh tak ke mana. Akhirnya Zaibo menamatkan zaman bujangnya pada usia 54 tahun. Zaibo telah selamat bernikah dengan Siti Hawa Shawal, 45 tahun di Batu Pahat semalam (Jumaat). Ini adalah perkahwinan kedua buat Hawa, yang mempunyai 9 orang anak hasil perkahwinan pertamanya. Tahniah kami ucapkan kepada Zaibo.
[note]Saya rasa gembira kerana telah bergelar seorang suami sekarang. Gelaran ini datang dengan maruah dan saya akan menggalas tanggungjawab perkahwinan dengan sebaiknya [/note]
Jumlah wang hantaran adalah dirahsiakan. Zaibo juga masih tidak pasti sama ada akan berhoney moon atau tidak kerana agak busy buat masa ini. Majlis perkahwinan Zaibo dan Hawa berlangsung dengan suasana ringkas tanpa majlis persandingan. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Zaibo atas perkahwinan ini.
Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Zaibo dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Mstar.