Pelakon dan juga model, Zahnita Wilson menggemparkan peminat apabila dia memuat naik foto memaparkan wajahnya yang lebam di bahagian mata.
Zahnita menerusi hantaran itu ada menulis kapsyen foto menjelaskan bahawa dia terpaksa berbuat demikian dan punca mengapa dia meninggalkan rumah lama serta memakai kaca mata.
Saya tak mahu buat begini namun terpaksa. Ini adalah sebab saya meninggalkan rumah lama dan sebab saya memakai kaca mata.
Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti seperti Sarimah Ibrahim, Shiera Ijoy dan penyanyi Salamiah Hassan tampil meninggalkan komen berbaur bimbang dan gusar dengan keadaan Zahnita pada ketika ini.
Sekadar info, Zahnita pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Zackery pada Jun 2005 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.