Zahnita Wilson Buat ‘Makeover’, Ramai Peminat Nak Cuba Gaya Rambut Ala ‘Supermodel’ – “Trend Terbaru 2025”

Hiburan

Zahnita Wilson Buat ‘Makeover’, Ramai Peminat Nak Cuba Gaya Rambut Ala ‘Supermodel’ – “Trend Terbaru 2025”

Model, pelakon dan usahawan, Zahnita Wilson kembali mencuri tumpuan apabila dia tampil dengan gaya rambut lebih menyerlah dan berlainan daripada sebelumnya.

Difahamkan, Zahnita di’make over’ oleh seorang penata rias bernama Chez Hamdan.

Advertisement

Malah, menurut Chez, akaun media sosialnya dipenuhi dengan pertanyaan netizen yang inginkan potongan rambut yang sama seperti Zahnita setelah videonya tular.

Tak sangka pula video itu akan menjadi viral. Hari ini sahaja (semalam) semua datang salon nak buat rambut ‘Zahnita’. Bertalu-talu mesej yang masuk sampai tak menang tangan. Semua tanya tentang gaya rambut Zahnita.

Mengenali Zahnita sejak 15 tahun yang lalu ketika wanita itu masih aktif menjadi model, Chez berkata  dia mengambil kesempatan untuk bertemu pelakon itu setelah kisah keganasan rumah tangga yang dialaminya menjadi tular.

Kebetulan dia datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini dan hubungi saya untuk potong rambut. Saya ‘trim’ rambutnya agar kelihatan lebih segar dan berseri. Kira macam ‘new look’ untuk tahun 2025.

“Insya-Allah, selepas ini kita akan buat rawatan rambut pula untuk Zahnita supaya rambutnya sentiasa kelihatan sihat dan lebih terurus. Kali ini saya hanya sempat ‘trim’ sahaja kerana Zahnita kesuntukan masa” kongsinya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

man bai anggap jv program memalukan
5 hours ago

Man Bai Anggap Gegar Vaganza Program 'Memalukan', Ratu Rock Ella Bantah - "Ia Satu Pertandingan Yang Sihat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...