Zahnita ‘Tarik Handbrake’, Tak Jadi Tutup Kedai Bakeri Selepas Sehari Pengumuman – “Semalam Saya Burn Out”

Hiburan

Zahnita ‘Tarik Handbrake’, Tak Jadi Tutup Kedai Bakeri Selepas Sehari Pengumuman – “Semalam Saya Burn Out”

Model dan usahawan, Zahnita Wilson, menarik balik keputusan untuk menutup kedai bakerinya di Seri Kembangan, Selangor, kurang 24 jam selepas mengumumkannya di media sosial.

Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, menjelaskan bahawa keputusan awal itu dibuat dalam keadaan dirinya terlalu penat dan tertekan.

Advertisement

Selamat pagi. Saya hanya mahu mengambil masa sebentar bagi menjelaskan keadaan susulan hantaran saya semalam.

Saya jamin, kedai saya tidak akan ditutup. Saya dibantu pasukan yang akan memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Semalam mungkin saya sedang ‘burnout’, tetapi saya tak akan menyerah,” katanya menerusi perkongsian video di Instagram.

Menurut Zahnita, yang sebelum ini memulakan perniagaan pastri dari rumah, apa yang diperlukan kini hanyalah sedikit masa untuk mengembalikan tenaga dan semangat selepas melalui tempoh sukar.

Saya hanya perlukan sedikit masa untuk mengembalikan kekuatan dan tenaga saya. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak kepada semua penyokong saya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mengirimkan mesej serta kata-kata semangat anda.

Terdahulu, Zahnita dalam video terdahulu memaklumkan hasrat untuk menutup kedai yang diusahakan bersama kakaknya selepas lima bulan beroperasi, disebabkan tekanan menguruskan operasi harian serta masalah peribadi yang menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubhan
2025-10-21 13:08:13

Nubhan Tak Pernah Ambil Tahu Status Duit Dalam Syarikat - "Saya Tak Nak Jadi Hamba Duit"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...