Baru-baru ini, Zahnita memberitahu dia enggan melayan dakwaan yang dikeluarkan oleh ibu mentuanya, Norazlina Abdullah mengenai dia berkongsi resipi pai yang diberikan untuk perniagaan yang sedang dijalankannya.
Menurut Harian Metro, Zahnita berkata pai yang dihasilkan itu adalah resipi asas yang boleh diakses menerusi Google.
Susulan itu, suami Zahnita, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor tampil mengatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahnita adalah tidak benar.
Memetik dari laporan Mstar, Abdul Zackery berkongsi mesej perbualan ibunya yang dihantar kepada Zahnita menerusi aplikasi WhatsApp.
Dia turut berkata ibunya sangat kecewa apabila Zahnita mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Reaksi ibu saya bila dengar perkongsian yang dibuat Zahnita, sudah tentu dia (ibu) anggap kenyataan tu mengarut.
Saya ada bukti-bukti perbualan mereka di WhatsApp yang mana Zahnita meminta resipi pai itu kepada ibu saya.
Menerusi tangkap layar (screenshot) yang diberikan, ia memaparkan ibu mentua Zahnita tidak keberatan untuk berkongsi resipi pai pada bulan Mei tahun lalu malah memberikan sokongan sepenuhnya terhadap perniagaan yang mahu diusahakan itu.
Oh awak mahu mulakan perniagaan. Semoga berjaya dan saya doakan kejayaan buat awak.
Tolong jangan kongsikan resipi ini di Instagram ya. Terima kasih. Saya harap awak faham kerana ia adalah sumber rezeki saya, tapi saya tak kisah nak berkongsi dengan awak untuk perniagaan ni.
Sebelum ini, Norazlina meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya kerana tergamak bersangka buruk terhadap dirinya.